Back to School


Semalam memang tak sempat nak up-date blog ..balik rumah terus masak sebenarnya memang sudah muak makan diluar jadi semalam dapatlah makan dari dapur sendiri. Makan awal sebelum maghrib kami dah mengadap dinner..lauk sempoi saja iaitu ayam masak kicap, sayur campur, telur dadar & he he he nugget goreng.

Lepas solat maghrib kami keluar seperti yang dirancang ...plan nak ke Mydin dibatalkan ditukar ke Tesco.

Uniform kakak, abang & alang semuanya sudah dibeli. Kakak saja beli sepasang dulu terpaksa tengok keadaan andai dia dapat mana2 offer ke SBP atau MRSM. Doa mama moga dia dapat tempat belajar dekat dengan mama ...senang nak pergi visit. Tup tap tup tap...hu hu hu semua dah dekat RM500.00 tu kira mama pilih yg tak berapa mahal. Tak apalah untuk anak2 juga. Minggu depan mula nak beli buku sekolah...Opppppsss baru tengok kalender 31/12 hari jumaat mati2 ingat hari sabtu so kena apply cuti kakak orientasi & nak juga beli buku2 abang & alang. Dan dok pikiaq samada nak hantaq tak lagi little torres ke kindergarden...tengah pertimbangkan samada nak hantar ke Qdess, CIC, SmartReader.....

Baru buat online check offer for SBP kakak tak dapat ke Sek Men Sains Kubang Pasu...ada hikmahnya jauh tu Kubang pasu dengan Puchong. So mama buat rayuan pray kakak dapat offer tempat yang lebih dekat.

Comments

Popular Posts