MisUse....SalahGuna .....
Aku bukanlah seorang yang arif tentang agama namun aku dididik oleh abah & mak tidak mencuri dari kecil. Dan bila besar abah selalu pesan buat kerja baik-baik dan jangan mencuri/salah guna harta syarikat....pesan mak dan abah ada significantnya sebab profesion yang aku ceburi berkait dengan kewangan. Apa yang kita lakukan akan kita terima kesannya samada cepat atau lambat pasti kita akan terima.
Teringat aku pada cerita seorang ibu yang sering kali mengadu akan kedegilan anak-anaknya dan anak-anaknya pula amat susah untuk disuruh belajar dan bila diselidik rupanya ibu ini selalu membawa balik stationery kepunyaan syarikatnya untuk kegunaan anak-anaknya. Ini juga merupakan salah guna yang kurang kita sedari. Walaupun ianya kecil tetapi memberi kesan kepada insan yang berdampingan dengan kita. Takut dan takut. Takut impaknya lari pada anak-anak.
Apa yang ingin kusampaikan....hari ini jumaat. Dan hari ini aku sepatutnya kebeberapa tempat untuk menyerahkan dokumen. Urgent. Kami perlu mendapatkan collection sebelum tahun 2011 menjelma. Tetapi kereta telah dibooking oleh beberapa staff lelaki untuk pergi sembahyang jumaat. Please la...solat tu personal tak perlulah guna kereta company untuk kegunaan personal. Kita akan dipersoalkan nanti...mungkin di dunia tidak. Apa salahnya guna kereta sendiri takkanlah berkira ini soal ibadah. Tak faham aku dengan manusia ...ini baru soal kecil. Belum bercakap lagi soal salah guna masa waktu berkerja, salah guna kuasa yang ada.....
Siapapun kita ...Kita kena ingat Allah SWT. Halalkah apa yang aku peolehi ....
Comments
Post a Comment