My Heart...Part 5 (Segar & Nyaman)






Semalam selasa cuti umum seluruh Malaysia sempena Maal Hijrah. Cuti mana hendak dituju. Mulanya anak-anak mencadangkan Ikea & The Curve...aku dan suami tidak berminat. "Crowded" sudah pasti dan aku sudah letih dengan suasana pusing di bandar. Bukit Kiara..hutan banyak oksigen tapi sebelah saja dengan Ikea & The Curve tak ada maknanya.


Dan lepas menunaikan solat zohor kami mulai bergerak ke selatan. Menuju ke perkampungan sekitar Kuala Langat indah dan nyaman. Seterusnya kami bergerak ke Bagan Lalang. Anak-anak kelihatan amat gembira melihat deruan ombak kecil di saat air surut kami bergerak sedikit jauh dari pantai sambil memijak pasir yang lembut dan lembab.



Deruan angin Selat Melaka mendamaikan dan sedikit sebanyak membuatkan aku lebih selesa untuk bernafas. Pantainya tidaklah secantik Teluk Chempedak atau pantai2 Di Redang namun sedikit sebanyak suasana dan hembusan angin memberi kelainan pada kami sekeluarga. Sebagaimana pesanku kepada anak-anak peka pada alam sekitar dan hayati kehijauan dipersekitaran kita. Jangan jadi asing dengan suasana kampung dan hutan.


Penutup jalan-jalan maal hijrah ialah sepeerti biasa acara makan di HM Seri Bagan. Yummy Siakap 3 rasa, Jenahak Stim, Pari Bakar, sotong goreng tepung & Kalian ikan masin. Harga oklah berpatutan. 9.30 malam kami tiba kembali di kayangan permaustautinan.

Comments

  1. apasal tak singgah rumah kak? da dekat da tu dgn bdr baru salak tggi..huhuh

    sharena

    ReplyDelete
  2. he he he nampak sign ke Tmn Exora tp yelah benda x plan jln main rodon jee,,budak2 pu marah sbb they all x leh mandi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts