LiVe From Opis..Meow...Meow



Have to finish my work but still jadi meowww meow curi tulang tulis blog. Dalam kekalutan menyiapkan opiswork idea menulis bagai hujan turun dari langit.

Meoww..meoww..meoww....kat luar sana hujan baru berhenti. SOA aku belum lagi habis updated. Nampak gayanya malam nanti terpaksalah jadi Kak Limah balik rumah nyanyi "jit jit semut sapa sakit naik atas...jit jit semut sapa sakit naik atas". Kesian Kak Limah. *sedutan dari filem arahan abg Khalid Mamat..hantu kak limah balik rumah*. Mahu pecah perut dibuatnya tengok Kak Limah ini...buang karang saja aku terjerit rupanya bukan hantu, the best part is masa Awie naik motor nak balik Kg Pisang...Phewitttt..I loike.

Apa kena mengena Kak Limah dengan ini punya cerita. Meow...Meow...Meowww. Tak senang nak buat kerja ilham yang menerjah bagai mengaru2 kepala hotak. Meoww..Meoww..Meow..

Minggu ini sedikit kejutan ...WeekEnd terima call dari Ateh Yusri adik Mat juga my bro-in-law (BIL) yang Uda Syairee yang juga (BIL) aku terjatuh dalam bilik air. Masa Ateh call Uda sudah dibawa ke Hospital Serdang. Kesian Uda. Memang kesian. Mak manis (MIL) sudah dikhabaring oleh Ateh. Sedih mak. Masa call dia sudah bersiap nak datang ke sini. Kasih sayang seorang ibu tiada tolok banding jadi sebagai peringatan untuk diri sendiri walaupun lelaki itu sudah menjadi suami kita jangan sesekali kita menidakkan hak seorang IBU. Hak seorang ibu yang melahirkan, membesarkan dan mendidik suami kita dengan penuh kasih sayang. Jangan hanya kerana kepentingan diri kita meletakkan suami ditaraf "anak derhaka"...."anak yang meyakiti hati ibu".

Dalam meow..meow..meoww dah habis 3 block sudah diupdate.

Baru call kakak anak mama yang cute ambik my little Torres. Kesian anak2 mama. Tak pa sat lagi mama balik no....semua ni gara-gara final audit la. Just imagine andai kata account tak di tutup & tak diaudit....jawapannya tak adalah profesion yg berkait dengan accounts. Maka tidak lakulah BaCCT, DiaCCT, LCCI, AcCA, MIA, MiCpa....

Kalau bukan kerana esok pagi petang kena keluar...nahi nahi kabe nahi aku nak stay sampai senja merelop *bak kata org Kedah* di sini.

Comments

Popular Posts