My Heart...Part 6 (Kebijaksanaan Pengurusan Emosi)
Pagi sabtu yang hening. Syukur dengan kurniaanMu Ya Rab. Membangunkanku di kedinginan subuh hari ini.
Motivasi pagi ini di TV3 membincangkan soal kebijaksanaan Emosi. Emosi adalah perasaan yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu.Emosi adalah reaksi terhadap seseorang atau kejadian.Emosi dapat ditunjukkan ketika merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap sesuatu. Menurut motivator kalau tidak silap Dr Zaitun kita perlu ada cara menguruskan emosi supaya ianya tidak terpendam lama. Dan jika emosi itu dipendam melebihi 2 tahun ia akan mendatangkan gejala negatif pada insan iaitu ia ditimbalkan secara fizikal seperti sakit dan ganguan kesihatan.
Redho dan bersyukur merupakan ubat utama dalam pengurusan emosi. 2 perkara ini sudah cukup untuk menjadikan kita insan yang tenang dan bahagia.
Dan setiap apa yang kita lakukan kita ada pilihan samada kita mahu menguruskan emosi kita secara positiv atau negatif. Semua insan hidup dalam "mask"...maksudnya kita tidak boleh "define" kebahagian seseorang hanya diri tuan badan yang boleh mendifinisikan kebahagian dirinya sendiri.
Jadi andaikata ada orang yang membuatkan kita marah atau sedih "forget it". Biarkan ianya berlalu jangan disimpan walau sehablur dalam kotak fikiran kita sebab ia akan menjadi racun kepada diri kita sendiri. Allah SWT Maha Mengetahui dan Dia sentiasa ada di mana saja. Carilah ketenangan dan bukalah pintu kebahagian buang segala dendam kesumat dan penyakit hati yang bermaharajaleha dalam diri. PEACE MINDs.
Lapang dada....seolah kaki memijak sang rumput hijau di sawah pida sambil kepala mendongak melihat kerlipan kejora yang makin menyinar. Syukur dengan nikmatMu ya Allah..Ya Rahman...Ya Rahim.
Comments
Post a Comment