My Heart...Part 3 (Just @ Home wiz anak2 yang demam)



Petang badan alang makin panas dan tidur berselimut depan TV. Muka makin cengkung kesian Alang. Anak yang dilahirkan dengan berat 3.78 kg di Hospital besar Kangar kini melidi. Mula aku dan Mat bercadang mahu ke Bagan Lalang agenda makan-makan tetapi disebabkan keadaan Alang kami membawanya ke klinik berdekatan. Doktor menasihatkan hanya memberi Alang bubur nasi atau roti, makanan bergoreng harus dielakkan.


Sampai di rumah jam sudah menghampiri pukul 7 petang. Tiada cadangan ke mana-mana sebenarnya agak bosan tetapi kesian dengan Alang dan juga diriku jua.



Makan malam ini hanya bubur nasi. Bukan main berselera Al Khattab dan AsSiddiq makan bubur. Alang hanya makan semangkuk sebagaimana biasa Alang tidak pernah makan banyak. Tidak seperti abangnya AlKhattab yang kian membulat.

Comments

Popular Posts