My Heart.....Part 1
Selesai tetapi perjuangan masih belum selesai bak kata Tun Mahatdir. Appointment agak lambat iaitu bulan Feb namun aku ada plan B jika berlaku kotingensi. Itu sememangnya org account selalu bertindak mengikut keadaan sebagaimana transaksi.
Semoga Allah SWT memudahkan jalan-jalanku dan aku sedar aku hidup atas ihsan Yang Maha Berkuasa Allah SWT. Jika ditelek akan kehidupanku semasa kecil kukira ini adalah berkat doa abah dan mak serta kakak-kakak dan jua ihsan Allah SWT.
Telahku perolehi maklumat-maklumat yg bersangkutan dengan kondisiku. Pasti orang yang paling rapat denganku iaitu Mat amat risau dengan keadaan ini. Saatku lelah beberapa hari dulu dia pernah bersuara, "mama kena kuat sbb kami amat perlukan mama kalau mama sakit sekeliling mama akan sakit". Aku amat mengerti bahawasanya aku amat diperlukan apatah lagi anak-anak yang makin membesar oleh itu aku perlu kuat dan berani.
Semakin hari aku semakin kuat dan semakin hari jiwaku makin dekat denganNya. Ada hikmah disebalik semua ini dan aku yakin kejora yang aku cari sentiasa menyinar dan rumput yang pernah membasahi kakiku tidak pernah layu.
Comments
Post a Comment