Sayang Mama....Sayang Siddiq


"Sayang Mama....Sayang Siddiq"

Conversation aku dengan si kecik siddiq. Itulah perkataan yang diulang-ulang. Dan dia hanya nak mama sayangkan dia saja orang lain tak boleh. Papa pun tak boleh walau dipujuk papa banyak duit langsung tak makan. Dipujuk lagi mahu dibawa ke kedai Ali juga tidak berkesan. Bagi si kecik Siddiq sayangnya pada mama amat besar.

Sebak hati bila aku kenangkannya.

Selalunya kita akan lebih sayangkan mak berbanding orang lain dan itu adalah anugerahNya. Dan kita akan lebih akrab dengan mak berbanding ayah..

Kasihnya Ibu

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

Comments

Popular Posts