Aku makin takut dan .....semuanya berserah pada Allah SWT
Tadi bergegas ke Street Mall...esok Incik Faizal cuti. Biasalah bila ke sana chat itu ini sampai la ketahap sakit ....dicerita Faizal perihal yang terjadi pada Azrul....Tuhanku sebenarnya aku makin takut.
Balik aku terus ke Klinik Dr Sumayah perkara yang sama diceritakan oleh Faizal sekali lagi disampaikan oleh Dr Sumayah padaku. Ngeri. Kritikalkah kondisiku ini Tuhan. Imbasan X-ray dan surat rujukan Dr Sumayah kini berada di tanganku dan esok akan kubawa ke Klinik Jantung di Hospital Serdang. Pada mulanya ku hanya mahu ke private hospital sahaja namun setelah di nasihati oleh beberapa teman aku hanya mengikut apa yang dicadangkan oleh Dr Sumayah iaitu Doktor pertama yang secara accident menemui kondisiku ini.
Esok tanpa sebarang delay lagi pasti aku akan ke Serdang itu janjiku pada diri sendiri. Be strong Salina.
Comments
Post a Comment