My Heart...Part 3 (Just @ Home Luv Him)


Aku memang sayangkan dia. Sayang sangat. Dia adalah anugerah Allah SWT padaku. Dialah jodoh yang aku doakan dan dialah yang menyenangkan hati emak dan abah. Mengenalinya 20 tahun dahulu dan bagai tidak percaya kami bersama sehingga hari ini. Dia kekasih awal dan akhir dan akulah intan kesepian serta aku kini menjadi ratu hatinya.

Sedangkan lidah lagi tergigit itu adalah hakikat. Ada perkara yang membuatkan hatiku berkecai namun aku percaya ianya adalah dugaan dari Allah SWT. Dugaan yang membuatkan diri menjadi lebih kuat. Dugaan yang membuatkan kita lebih kreatif berbanding orang lain yang tidak ditimpa masalah dan ujian. Jika kita pernah meredah onak dan duri kita tidak akan terasa perit bila melalui jalan yang licin dan berselut.

Dan doaku sentiasa mengiringi agar jodoh kami berpanjangan dunia dan akhirat. Keserasian dan persefahaman tanpa ego adalah penting dalam mengorak kebahagian. Itu adalah pesan mak...jangan bermegah dengan kelebihan yang ada pada diri kita tetapi carilah ilmu untuk meningkatkan kelebihan diri.

Masa kian berlalu dan anak-anak kian membesar itu adalah tanda aras bahawa kita sudah meningkat tua dan makin dewasa.

Comments

Popular Posts