Kedah Kedah Kedah di mana saja always Kedah



Balik balik org Kedah. Tadi baru saja pi makan stall org Kedah (Kedai Makan Zahari) di Sport Arena, Cyberjaya. Kalau makan tengah hari pun di Puchong cari hat org Kedah masak di Gerai MPSJ Puchong Perdana. Apa yang spesial. Ada beza bila org Kedah masak ..esp Kerabu, pajeri & Gulai Kawah. Walah.....Ada feel bila makan taste dia berbeza sekali.

Beli ikan, sayoq, & bagai lagi pun dengan org Kedah di Puchong Permai (Kedai Seri Baling atau kedai Pasar Segar Pak Lang). Di kedai ini boleh peolehi banyak barang made from Kedah.

Semalam baru dok sembang pasai bubuq Asyura ngan member opis yang asai dari Kedah. Bubuq Shora panggilan pendeknya ingat hati weekend ni nak pakat ngan adik badik sini pi buat bubuq Shora di rumah Mak Jang, Jalan Templer. Rhasa baru saja kami ramai2 pakat kacau boboq shora masa Ieja kahwin. Dah mai tahun baru.....Ha ni dia resepi dia kalau sapa yg rhasa yg try ..

ASYURA KEDAH
bahan:
1 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan campur garam
gula pasir ikut manis
gula merah utk mewarnakanya
1 btg jagung
1 biji pisang dadukan
1 biji keledek dadukan rebus 1/2 masak
1/2 cawan kacang hijau rebus
dan lain2 bahan yg anda suka

cara:

1. campurkan tepung gula santan kacau sebati
2. panaskan dengan api yg perlahan
3. setelah mendidih masukan kesemua bahan2 tadi
4. kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sikit lagi santan.
5. angkat dan tuang dalam loyang , sejukkan dan potong lah.

Comments

Post a Comment

Popular Posts