My Heart...Part 4 (Sebuah Al Kisah)




Haslinda

Sehati Sejiwa

( 1 )
Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama

Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya

Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada

( 2 )
Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama...

( ulang 1 & 2 )

Lagu ini kalau tak silap glamour semasa drama "Cinderlela" kalau tidak salah tahun 1997/1998 lakonan Ahmad Idham & Haliza Misbun. Jalan cerita drama ini tahap ok la tapi masa tu aku & Mat gila tengok drama ini sebab lagu sehati sejiwa. Biasala zaman tu kita orang tengah meraban jiwang apa saja lagu yang jiwang layan....tp aku suka lagu Awie ..Ratuku, pula dapat tengok Awie life @ Ampang Point. Gila..buat apa di Ampang Point entahlah....ini adalah zaman tak betul aku dan Mat. Sekejap Ampang, sekejap Klang, Bukit Bintang memang selalu....

Balik rumah kedua-dua melayan drama Cina Justice Poa. Justice Poa atau Bao Zhen 999-1062) adalah seorang yang sangat pegawai terpuji yang bertugas semasa pemerintahan Maharaja Renzong Dinasti Song Utara di China kuno. Bao Zheng kini dihormati sebagai simbol keadilan di China. Justice Poa ini umpama Bendahara Tun Perak versi Melayu Melaka yang sentiasa menitik beratkan keadilan dalam pemerintahan.

The best part ialah melayan Vrooommm...Vrommmm disepanjang PLUS. Saat indah jadi minah motor terutama masa balik kampung hari raya. Memang bezzzz....naik kereta boleh la tapi tak seadventure ber Vrooommm...Vroommmm.

Layan makan merupakan hobi aku dan mat ketika itu. Layan beriani & ayam masak madu @ syed PJ....ini merupakan tempat lepak utama selain KFC new tow PJ. Kenny Rogers Kotaraya & MdDonald Central Market ...ni juga merupakan tempat lepak. Yelah masa itu aku di Bangsar & Mat di Jalan RaJa Chulan ni merupakan tempat pertemuan sebelum balik ke rumah. Bangsar dulu tidaklah sehappening sekarang. Tapi kira happening jugalah jika balik lewat malam takala The Roof mula dikunjungi peminat setia didinari. Minah Kampung macam aku mana nak layan "The Roof" balik rumah lepak mamak makan or lepak Tom Yam Stall & balik layan cerita TV bengong masa tu or layan buku.

Kami tinggal di Pantai Hill pada masa itu. Mengapa di sana? Hubby memang biasa dengan Pantai Dalam & Kerinchi pada masa itu lagipun ianya dekat sangat dengan Bangsar dan tidak jauh dari KL. Hikmah kahwin muda....kahwin dalam usia 24 tahun muda dan Mat pula 25 tahun....Consider muda la sebab kawan-kawan satu batch masa tu kebanyakkan belum kahwin. Berjalan kesana sini macam couple tapi sebenarnya dah jadi husband & wife.


Pejam celik Pejam celik aku dah membelon. Mat pula berat makin bertambah and spare tyre mula nampak di perut he he he....Anak sulung dah 12 tahun. Kakak yang sangat comey. Abang yang bulat. Alang yg melidi & Siddiq si kecik yang ensem macam papa.

Comments

  1. sis mana pregnant akak dah tutup kedai....lepas my last pregnant april ari tuh mati dlm kandungan masa hampir 5 bulan ...membelon tuh makin tombam he he he he

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts