Aku adalah aku.......
Aku adalah diriku dan tidak akan menjadi orang lain. Aku tak mahu hipokrit. Aku tidak berminat dengan politik dan aku tidak mahu hilang kawan atau terputus silaturahim gara-gara terlalu taksub dengan politik.
Aku pegang hanya satu..iaitu kalimah syahadah tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Dan Islam itu adalah satu cara hidup.
Kadang kala aku menjadi mual dengan senario politik negara. Mual semualnya. Berpecah di sana berpecah di sini. Maki di sana mengelar manusia dengan gelaran yang tidak elok. Senario politik jumud.
Sebagai manusia yang berakal dan mempunyai secebis iman kita dilarang mengutuk orang lain apatah lagi menghina.....siapalah kita hanya rakyat marhain biasa. Jika kita ditempat orang yang kita kutuk mampukah kita merealisasikan pembangunan yang ada.
Senario politik di Malaysia ....apa yang aku lihat para pengikutnya lebih suka mendengar hujah pemimpin dambaan mereka. Mereka kurang membaca. Malah apa yang diperkatakan oleh pemimpin dambaan hati itu benar dan tepat sekali.....sedangkan wahyu Allah SWT yang pertama kepada Rasulullah SAW "Iqrak...bacalah"....
Sifat suka mendengar sebelah pihak adalah budaya masyarakat kita dek kerana itulah Mahsuri terbunuh dan Tun Mutahir di hukum.
Siapapun mereka apapun politik pegangannya aku tetap sama.....aku tetap aku....dan apa yang aku pegang islam is the way my life....tok sahlah hangpa dok bertakbir jika hati kosong dengan zikrullah & tok sah dok salah org kalau anak tak mau solat ....so jangan dok pandang org yang bukan dalam puak atau tidak masuk mana2 puak itu dangkal dan tidak kenal Allah SWT....sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang hambanya lakukan....
Comments
Post a Comment