Monthly Planner 2011



Tunggu punya tunggu akhirnya dapat juga planner 2011. Kedekut sungguh kontraktor untuk budget tahun depan dah la kalender pun belum sampai.

Perkara pertama aku tengok ....plan nak bercuti he he he. Agenda tahun depan 2011 cuti2 Malaysia memandangkan 2010 kami sekeluarga terpaksa bekukan cuti dek kerana UPSR anak dara yang sulung...Alhamdulillah ganjaran yang Allah SWT berikan daripada pengorbanan tersebut kakak dapat 5A.....hadiah terindah 2010. Hadiah dariNya juga iaitu Nadhir Al Affan yang kini bersemadi aman disana.

Perkara pertama yang aku inginkan di tahun 2011...memantapkan hubunganku dengan pencipta iaitu Allah SWT. Mahu lebih mendekatiNya. Mahu lebih menyayangiNya. Menambah baik amalan wajib dan meningkatkan amalan sunat. Aku ingin menimba banyak ilmu melalui ceramah, bacaan adn menghadiri kursus2 keagamaan. Umur makin meningkat ....sampai bila nak menggila dengan urusan duniawi. Juga mahu memelihara hubungan ku dengan manusia. Peace. Menjadi insan yang memahami orang lain moga dijauhi Allah SWT dari sifat mazmumah. Mendidik anak2 dan keluarga lebih mendekati Allah SWT.

Kedua - meningkatkan produtiviti kerja...collection mau tip top tu la nawaituku bersempena apa yang termaktub dalam job desription semasa menerima offer kerja di sini.



Ketiga - Dan nak kurus.....kurus...kurus la sedikit daripada kemontelan sekarang hu hu hu jeans levi's 205 28" masih dok terlipat menantikan tuannya menyarung semula.....maksudnya next 26/12/2012 pic di atas akan lebih kurus he he he he

Comments

Popular Posts