Dari hati ke hati ..... saat baik berkomunikasi dengan anak semasa berkenderaan
Dalam kereta....kakak bercerita mengenai beberapa pelajar lelaki mengutuknya di dalam group whatapps mereka. Nasihat mama pada kakak......what others think of you is none your business.
Nak berubah untuk menjadi baik banyak perkara perlu kita tinggalkan termasuklah kawan2 yang menyebabkan iman kita selalu merudum. Bukan semua orang sukakan perubahan terutama berubah menjadi baik. Dan anggaplah orang mengutuk dan mengata itu umpama syaitan yg bertopengkan manusia yg tidak pernah suka manusia menuju kepada jalan Allah SWT.....dan tak perlu runsing apa yg mereka katakan sebab orang yang selalu mengutuk, mengumpat dan mencerca orang lain mempunyai keyakinan diri yang rendah dan hati mereka busuk dek kerana itulah mereka tidak dapat melihat keindahan dan kebaikan orang lain.
Dan siapa mereka nak membuat judgment mengenai orang lain...sempurnakah mereka...tetapkah solat mereka....dah berapa surah mereka hafal....dah boleh jadi imam ke orang yang suka mengumpat mengeji itu?. Kakak tekun mendengar luah bicara dari mulut mama. Dan bersyukurlah di bulan yang mulia ini walaupun tanpa amal kita tidak sebanyak mana ada pahala masuk dalam akaun akhirat kita......
Aku pernah menghadapi situasi yg dihadapi oleh kakak.....seorang teman memberitahuku sianu itu dan si anu ini bercakap2 buruk pasal kau dan anak2. Bila mendengar hati sedikit remuk kerana aku langsung tidak pernah memikirkan buruk mengenai mereka semua.....namun kata2 suami menenangkan hati. Katanya.."Usah dirisau apa yg orang tidak kenal hati kita kata mengenai kita kerana yg kenal kita tahu kita bagaimana.....dan papa selalu perhatikan mereka2 yg suka mengumpat orang lain itu. Tak hebat mana pun depa tu". Selepas itu aku ignore segala unsur negative dari memasuki diri dan itulah jua yang cuba aku tanamkan kepada anak2. Biar kita selalu berfikiran positif kepada orang lain dan jangan sesekali membuat orang lain terasa terutama orang yang banyak berjasa dalam kehidupan kita.
terima kasih kaksal, post kaksal betul-betul bagi semangat baru kat aton. dah byk hari terpandang title post ni, tp baru harini dapat baca..teruskan penulisan akak..saya perlukan semangat akak jgk walau kita xpnah jumpa :)
ReplyDelete