Dar Al Mustofa
Semalam menerima email dari cik B.....surat tawaran kemasukkan cawangan Malaysia Darul Mustofa, Tahrim, Hadramaut buat Al Khattab.
Al Khattab lahir dengan kelebihan yang perlu kami asah dan focus ke arah yang membawa keberkahan dirinya juga kepada ummah. Dia ada potensi tersebut namun hatiku masih berbolak balik.
Terkenang cita-citanya takala jiwa masih suci.. "ma abang nak duduk atas sana dan nak baca mcm imam baca masa hari jumaat", dia menunjukkan ke arah mimbar. Aku menyimpan cita-citanya di dalam hati dan doa. Dan disebalik cita-cita tersebut dia mempunyai bakat memorize sebagaimana abah. Bila ditangan anak sulung yang kami panggil kakak, "mcm mana abang boleh ingat surah2 yang panjang", ...."kan kita baca dulu lepas tu kita masukkan dalam memori apa yg kita baca lepas tu bila ustaz tutup al quran kita akan nampak ayat demi ayat di depan mata kita", terangnya kepada kakak. Banyak perkara perlu kami jaga dan kadang2 kami terkandas akibat kelemahan dan laghonya diri kami dalam mendidik anak2 sebagaimana ditetapkan oleh Al Quran dan Al Hadis.
Kehadiran aku, kakak dan alang di kuliah Ustazah Alina membuka mataku akan keindahan Tahrim.
Dan salah satu yang diimpikan Al Khattab juga dia mahu ke sana suatu hari nanti.
Anak-anak mereka mudah dibentuk namun kami risau kerana kami banyak sangat lagho dan masih jahil terutama dalam soal ilmu akhirat
Comments
Post a Comment