Jadikan mereka yang terbaik......dan kita perlu belajar dan terus belajar



Semenjak mengandung anak sulung aku suka mencari tip-tip mendidik anak-anak samada daripada mereka yang telah berpengalaman ataupun dari pembacaan. Aku suka bertanya kepada mereka yang lebih arif misalnya sekarang jika ada sebarang masalah mengenai anak-anak aku akan bercerita dengan Boss....banyak tip dan persediaan mengenai kos pendidikan, persediaan sosial, kebarangkalian apa yang mungkin anak-anak akan lakukan di masa akan datang ...dia umpama abang dan juga ayah bagi kami di finance PMD ini. Sebenarnya dari dahulu lagi aku selalu bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman. Dan aku suka cara masyarakat cina dalam penekanan ilmu terhadap anak-anak. Masyarakat cina tidak pernah lokek jika ianya berkenaan ilmu. Dan masyarakat India pula kudapati mereka suka berkomunikasi dengan anak-anak mungkin sebab inilah profesional peguam di monopoli oleh mereka. Ada perkara boleh kita suntik daripada kaum-kaum ini

Banyak perkara yang tidak dapat kita jangka. Misalnya jika anak sulung kita genius, boleh membaca seawal 3 tahun tidak semestinya anak lain akan sebegitu. Kami beruntung dikurniakan puteri sulung yang cepat "pick up" bila diajar dan dia amat mudah dibawa berunding. Tidak pernah mengamuk jika benda yang dihajati tidak dipeolehi. Minatnya pada dunia bacaan amat ketara hingga kini.

Apabila dikurniakan zuriat sebenarnya kita memegang amanah. Amanah menjadikan mereka sebaik-baik mukmin, sebaik-baik khalifah di muka bumi ini. Apa guna mereka memegang jawatan tinggi, memiliki empayar niaga dan mempunyai nama seantero dunia namun hubungan mereka dengan Maha Pencipta iaitu Allah SWT tidak ada. Amanah menjadikan mereka kenal akar mereka, kenal sejarah supaya mereka tidak mengulangi apa yang telah menyebabkan runtuhnya kota Melaka. Dan amanah menjadikan mereka sentiasa santun dan berlembut kepada orang tua.

Bak kata seorang yang ku kenali senang untuk mendidik anak menjadi cemerlang dalam akademik namun susah untuk mendidik anak menjadi soleh dan peka terhadap kehendak dunia dan akhirat. Sebagai ibu-bapa keperluan belajar untuk menjadi lebih matang adalah berterusan terutama belajar ilmu akhirat. Supaya kita beroleh zuriat yang beriman dan bertakwa serta mampu berfisabilillah.

Comments

Popular Posts