Macam2 Ada

siddiq & papa ...pic tak dak kena mengena ngan cerita sekadar hiasan semata-mata

Semalam terima jemputan "open house" drp ex schoolmate, ni sudah masuk kali ke 3 jemputannya tetapi kami tidak kesempatan untuk menghadiri. Semalam aku dan mat nekad untuk pergi ke rumah Karim junior kami semasa di essemjay. Selalunya apabila ingin ke suatu tempat kami berdua akan melakukan persiapan untuk memastikan tempat dituju berjaya kami jumpai. Tetapi kali ini seolah yakin kami terus memacu ke arah Kepong FRIM...dalam kepala aku ketika itu teringat rasanya RRIM entahlah keyakinan menyebabkan kami ke hutan FRIM di malam hari. Rumah yg di cari tidak kelihatan. Rupanya betullah telahan aku rumah Karim di RRIM quaters....masing terdiam ...ha ha ha padan muka bukan reti nak telepon. Akhirnya pada pukul 9 malam kami tersangkut dalam kesesakan Pekan Kepong. Mungkin tak ada rezeki kami untuk ke rumah Karim Insyaallah lain kali jika umur ini masih panjang. Pukul 11 malam kami anak beranak beropen house Syed Bistro...."sedapnya nasi beriayi Karim ni", mat berseloloh...memang ampeh.

pic lama last 2 year....kt Uniten stadium

alang masa tahun satu

Dek kerana malam tadi aku terlupa yang alang myra ada jamuan hari raya di taskanya. penjaga Taska, Atie dah pesan, "akak bawalah apa patut jumaat ini ye". Nasib baik ada satu bekas tat nenas yg masih belum di buka ...hanya itu saja yg aku bekalkan buat alang. Raya bersalah sungguh.

abang lie..semoga Allah SWT sentiasa memeliharanya ....

Tadi abg dul telepon....mungkin esok kami akan ke Bentong. "Ya Allah permudahkanlah apa yang kami hajati"...kami sekeluarga menyokong penuh Kak Nah dia umpama kakak kami sendiri ditambah pula dengan apa yg terjadi kini. Di saat usia abah dan mak di ufuk senja benda macam ini pula berlaku. Sekurang-kurangnya ianya akan meredakan dan menenangkan hati seorang kakak. ......

kenangan semasa weeding emy dmanjong perak

Comments

Popular Posts