Hari ini


Hari ini bangun seawal 4 pagi demi "potluck" di opis.

Pukul 5 pagi terdengar rengekan Siddiq si kecik. "mana mama iddiq ni", membuatkan aku meninggalkan kerja di dapur dan menidurkannya semula.

Alang dengan muka mencuka ketika aku menghantarnya ke taska. Macam ada yang tidak puas hati namun aku hanya melihat wajahnya yg suram tidak mencium mamanya sebagaimana biasa.javascript:void(0)

Pukul 12.15, kakak telepon memberitahu abang masih belum sampai dari sekolah. Jemariku terus menekan nombor kak Zaimah, kak Imah memberitahu Khattab terus ke masjid Imenunaikan solat Jumaat. Pukul 2 lebih sekali lagi kakak telefon kelibat abang masih belum kelihatan. Aku terus memberitahu Mat. Ke sana-sini kami telefon bertanyakan Khattab. Nombor terakhir yang kami telefon ialah Ustaz masjid As Salam daripada ustaz tersebut baru ku ketahui rupanya masih ramai tersangkut selepas Solat Jumaat di masjid akibat hujan lebat. Lega. Pukul 3 lebih abang sudah berda di rumah.

6.10 petang aku samapai di sekolah Alang. Parkir kereta di tempat biasa. Namun di sebabkan letih aku tertidur apabila tersedar kudapati dipersekitaranku lapang. 6.50 petang..Alang. Alang berada di depan sekolah mungkin tidak perasan keretaku di parkir berhampiran sekolah. Dan baru kutanya berkenaan pagi tadi..merajuk dan tidak cukup tidur rupanya anak daraku ini.

Sampai ke rumah aku sedikit marah terutama dengan sifat anak-anak yang berkira antara satu sama lain. Ingatanku pada mereka "sentiasa ringan tulang di mana sahaja kita berada dan siapapun kita" , hidup jangan berdengki antara satu sama lain. Dan semoga zuriat kami sentiasa di lindungi AllaH SWT dan sentiasa sayang antara satu sama lain.

Bukan mudah ingin membentuk dan mendidik anak2 supaya mereka menjadi insan yang mulia, yang besederhana dan tidak ghairah dengan harta dunia. Kita perlu peka dengan perubahan, perasaan dan tingkahlaku mereka. Apa yang mereka inginkan adalah kasih sayang dan didikan. Apa yang kita inginkan mereka menjadi anak soleh. Dan bukannya anak yang bersikap seperti "DIVA".

Comments

  1. besar dah anak2 ko kan? semoga diorang menjadi insan yg soleh dan solehah bila besar nnt....
    p/s: suka lagu blog ko :)

    ReplyDelete
  2. Ja samalah aku admire kat Pak Nam & kak Ani...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts