Aku dan Kotak 1048 sqf

Rutin biasa balik daripada kerja memasuki kotak 1048 sqf.

Mengapa memilih kotak?
Security ...privacy...satu lagi tak perlu bersusah payah menghabiskan masa membersihkan halaman.

Jika dibandingkan dengan rumah abah di pida semestinya ianya berbeza sedikit yang menyamai Pida aku boleh menonton secara langsung panorama Puchong dan Klang Valley. Bak kata Tunku Abdul Rahman, "orang yang berada di atas dapat melihat keseluruhan dan orang di bawah hanya melihat persekitaran mereka sahaja".



Kehijauan masih ada walaupun sedikit cacat dengan pembangunan yang melampau di Hutan simpan Ayer Hitam.

Lift..menakutkan terutama selepas kes lift terjatuh di Petaling Jaya. Amat Ngeri. Dulu aku takut jika naik lift bersendirian...pengaruh filem "Dark Water".

Kotak inilah untuk masa ini aku, mat dan anak2 menikmati kehidupan dan mungkin ianya akan berubah.....

Comments

Popular Posts