Dia pasti akan datang..Janji Kekasih


Bila sampai masanya dia pasti akan datang. Itu adalah janji Yang Maha Berkuasa, Allah SWT. Datangnya tidak mengira siapa kita, apa pangkat kita dan berapa harta yang kita ada.

Mungkin kita merasakan aku masih muda dan kita ghairah dengan lakonan dunia. Mungkin kita merasakan kita lebih alim daripada yang lainnya dan hati kita berprasangka pada insan lain yang kita rasakan kurang imannya dan siapalah kita yang mempunyai mesin scan yang boleh melihat tahap keimanan insan lain. Mungkin kita merasakan kita sahaja yang betul orang lain semuanya salah dan kita menaruh rasa amarah, benci kepada insan itu tanpa kita menyedari bahawasanya Allah SWT itu maha pengampun hambanya. Mungkin kita merasa sombong dengan kehebatan kita sesungguhnya ramai manusia diluar sana lebih hebat daripada kita.

Ramadhan telah berlalu ianya bak setangi begitu jua shawal. Dan aku tidak tahu bila janji Kekasih akan datang dan telah kubuang jauh rasa amarah, geram dan sakit hati kepada semua insan di sekelilingku. Aku takut menjadi insan sombong dan angkuh sebagaimana syaitan laknatullah. Aku takut keangkuhan dan keegoan bisa membakar diri. Biarlah sederhana menjadi pakaian diri.

Ya Allah ...Ampunilah hambamu yang daif ini

Comments

Popular Posts