Poligami melayu yang songsang

Di kampungku, Pak Lah bukan nama sebenar mangamalkan hidup berpoligami. Dia membina rumah isteri2 selang serelung bendang. Aku kenal kedua-dua isterinya, Mak Long Tom dan Mak Cik Dah juga bukan nama sebenar. Selalu aku nampak isteri2 Pak Lah ke sungai memukat ikan untuk dijadikan ikan pekasan atau ikan ikan untuk di jual di Pekan Rabu, Alor Setar dan ada masa beliau akan datang mengambil stok pekasam di rumah mak. Kata abah, apa guna jadi lelaki jika memerah tenaga isteri2 untuk memperolehi rezeki.

Amalan poligami yang diamalkan Pak Lah mengenalkan aku mengenai perkahwinan melebihi satu. Anak-anak dari isteri kedua Pak lah agak terbiar berbanding anak2 isteri pertama. Selalu kelihatan Shahrul mengambil upah membawa kubuta dihari cuti bagi menampung perbelanjaannya.

Bila memasuki dunia persekolahan menengah, aku bertemu dengan kawan-kawan dari keluarga yang mengamalkan poligami. Mungkin bapa mereka tergolong dalam golongan berada maka pendidikan, makan dan pakai anak2 lebih terjaga berbanding anak-anak Pak Lah. Namun kadang kala aku terdengar keluhan resah dan sedih dari mulut kawan2ku ini. Harta benda serta duit ringgit bukan tukaran kepada kasih sayang yang hakiki. Walaupun bapa mereka lebih berharta dari abah namun aku tidak pernah merasa kekurangan malah aku amat berbangga dengan abah. Abah sentiasa ada bila aku perlukannya. Abah sentiasa ada bila aku ingin bercerita mengenai kawan-kawanku. Abah sentiasa ada bila kepalaku timbul seribu persoalan.

Kini aku memasuki alam rumah-tangga, isu poligami hebat di perdebatkan. Seperti biasa pihak lelaki menggunakan modal sunnah sebagai tunjang poligami itu dibolehkan. Sedangkan sunnah lain tidak pula mereka war-warkan. Aku bukan menentang dan tidak pula anti cuma bak kata abah, poligami melayu ni dah songsang. Bukan menaikkan martabat wanita malah meletakkan wanita umpama pelayan seks, bila hendak datang bila tak mahu pergi. Malah rata2 golongan lelaki kononnya hebat jika berpoligami sedangkan kekhalifahan dalam keluarga sendiri tungang langgan. Hebat hanya di luaran.....dalaman hanya tuan badan yang mampu menafsirkannya

Comments

Popular Posts