Ingatlah wahai diri

Wahai diri ,

Jangan merasa diri terlalu baik
Risau engkau terperangkap dengan tipu daya syaitan
Bila dirimu mulai melabuhkan kerudungmu
lihatlah silammu yang penuh kehitaman
sentiasalah penuhi diri dengan taubat
sentiasa basahkan lidahmu dengan zikir memujiNya
sentiasa ringankan tanganmu melakukan kebajikan
sentiasa maniskan wajahmu dengan senyuman

Wahai diri,

Engkau tidak pernah sempurna
Hatimu selalu berbolak balik
Ada masanya imanmu setinggi mercu KLCC
ada ketikanya imanmu mendatar di sungai Kelang

Wahai diri,

Andai matamu melihat
mereka yang masih belum bersyariat
Pejamkan mata letakkan telapak tanganmu didada
usah diumpat kejahilan mereka
usah dimarah ketidaktaatan mereka
kerana dirimu pernah begitu
maka beristifarlah dan berdoa moga
Nur menerpa saudara kita

dan ingatlah

Syaitan itu banyak tipu muslihatnya



Comments

Popular Posts