Jom jaga lidah - Ustazah Norhafizah Musa

Akhlak yang perlu diambil berat adalah yang berkaitan lidah

Saidina Umar Al Khattab telah berkata,

1- Siapa banyak ketawa maka kewibawaannya sedikit. 
2- Siapa meremehkan orang lain, maka dia akan diremehkan oleh orang lain. 
3- Siapa memperbanyakkan sesuatu, maka dia akan dikenakan sesuatu.
 4- Siapa banyak bercakap, maka banyaklah dosanya. 
5- Siapa banyak dosa, maka sedikitlah rasa malu. 
6- Siapa sedikit rasa malu, maka sedikitlah juga sifat waraknya. 
7- Siapa sedikit sifat warak, maka hatinya akan mati . 

Pesanan ini membentuk personaliti. Orang yang menjaga percakapannya. Orang yang banyak cakap yang makin lama makin banyak silapnya dan akan makin hilang malunya. Sebagai ibu bapa kita kena perlu perhatikan wibawa yang ada pada diri anak2, dan diri kita samada semakin dibangunkan atau makin diremehkan oleh orang lain. Wibawa amat berkait dengan akhlak dan lidah.

Muadz bin Jabal radhiyallohu ‘anhu berkata : Saya pernah bersama Nabi sholallohu ‘alaihi wasallam dalam suatu perjalanan. Pada suatu pagi ketika kami sedang berjalan, aku berada didekat beliau, maka aku berkata : “Wahai Rosulullah kabarkanlah kepadaku suatu amalan yang dapat memasukkan aku ke dalam Surga dan menjauhkan aku dari Neraka”.

Maka beliau bersabda : “Sungguh engkau telah bertanya kepadaku tentang perkara yang begitu besar akan tetapi akan terasa mudah bagi orang-orang yang dimudahkan oleh Alloh, engkau beribadah kepada Alloh dan tidak menyekutukannya dengan suatu apapun, engkau mendirikan sholat, menunaikan zakat, berpuasa dibulan Ramadhan dan melaksanakan ibadah haji.”

Kemudian beliau Shalallahu ‘alaihi Wasalam berkata : “Maukah aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan ? Berpuasa adalah perisai, sedekah dapat memadamkan dosa-dosa sebagaimana air dapat memadamkan api, demikian juga  sholat seseorang ditengah malam, kemudian beliau membacakan ayat, ‘…lambung-lambung mereka jauh dari tempat tidur mereka…’ hingga ‘..apa yang telah mereka kerjakan’ [QS. As-Sajdah ; 17]

Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri. (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Lidah yang baik-baik akan sentiasa mengajak manusia kearah kebaikan. Akhlak yang dikaitkan dengan lidah yang menyebabkan wibawanya tercalar.

Nabi pernah tegur kepada perempuan yang memangil anaknya untuk memberi sesuatu, nabi mengatakan jika benar anda panggil untuk memberi tamar tak pa tp jgn engkau tipu semata2 ingin dia datang kepadamu

Didik anak kita menjaga lidah, jaga karektornya dan akhlaknya jika kita mahu anak kita menjadi pemimpin orang-orang yang bertakwa. Akhlak Islam adalah kita niatkan untuk pandangan Allah SWT bukan untuk tontonan manusia. Untuk membangunkan personality bermula dari rumah. Nabi pernah menyebut, Iman seseorang tidak akan lurus selagi hati tidak lurus dan hati tidak akan lurus selagi lisannya tidak lurus.

Pendidikan bermula dari rumah dan bermula dari didikan ibu bapa sebelum bertemu dengan masyarakat luar. Abu Zar pernah berdebat dengan Bilal, berdebat sehingga keluar perkataan “anak orang hitam”, Rasulullah SAW memanggil Abu Zar dan menyatakan perlakuannya itu merupakan perlakuan orang jahilian dan Abu Zar terus mencari Bilal memohon maaf dan cuba membersihkan hati. Rasulullah SAW pernah tegur isteri2 nabi pernah tegur dgn fizikal..Rasulullah SAW kata dgn kata2 itu jika campak ke laut akan berubah warna. Nilai mulut dan lisan kita akan mempengaruhi aura dan wibawa diri kita.

Pendidikan awal adalah dengan menanam rasa takut kepada Allah SWT dalam diri anak-anak. Sebelum anak2 kemana.ingatkan anak2 mak & ayah mmg tak Nampak tp Allah SWT sentiasa nampak. Kata nabi mak bapa jangan sekadar menyangkut tongkat dan rotan tp buatlah agar mereka rasa takut kepada Allah SWT.

Peringkat mak ayah bila nampak anak-anak berbohong, remehkan kawan maka guide dia supaya terarah kepada Allah SWT pada masa tu jugak.

Check apa topik perbincangan dalam keluarga. 

Comments

Popular Posts