Inilah rupa politik di Malaysia
Mak akan marah jika kami taksub kepada sesuatu. Mak juga tidak suka dengan budaya politik ditempatku ..budaya memutuskan silatulrahim, kafirkan saudara sendiri dan pelbagai budaya negative yang aku sendiri tidak tahu bilakah noktahnya. Seorang anak boleh memutuskan silatulrahim dengan bapa atau bapa saudara semata kerana politik. Begitu juga dengan bapa atau bapa saudara, jiran tetangga malah saudara seagama.
Aku bukannya pemuja parti-parti yang ada di Malaysia ini. Setiap mereka angguh berbicara kononnya merekalah yang betul. Malah pemuja parti2 ini bergasak sesama sendiri, merendahkan satu sama lain. Sedangkan ini bukannya budaya Islam dan bukanlah akhlak Rasulullah SAW.
"Satu benda yang perlu korang ingat apa yang jadi sekalipun jangan putuskan silatulrahim dengan adik-beradik, berbaiklah", pesan mak.
Politik di Malaysia. Politik kedai kopi kini beralih ke politik dunia cyber. Dari politik dengar-dengar ke politik post, share dan tweet. Sebenarnya pokoknya tetapnya masing2 cuba mengKOkan lawan melalui kata nista engkau tidak elok aku eloklah sangat, engkau zalim aku teramatlah baik, engkau perangai neraka aku confirm syurga. Bila ada yang tidak sealiran dengan kita mula kita tidak tegur sapa dengannya..."haaa budak tu orang XYZ, bila bertembung kita cuma mengelak dan bila tersua kita buat2 tidak nampak, sedangkan tahukah kita apa yang divotenya semasa pilihanraya"....sedihkan bila kita berhadapan dengan orang sebegini. Orang yang amat kita hormati tetiba berkelakuan serupa ini. Orang yang kita rasakan boleh menjadi penunjuk jalan kita mencari redha berkelakuan tidak kita jangka. Pasti kita pelik mengapa si anu tiba-tiba menjauhi diri dari kita.
Bila kita merasakan orang lain tidak pandai, tidak arif sebagaimana kita, itulah permulaan sifat sombong.
Surah Luqman. Ayat 018.
Rahsia alam, ikhlas, redho adalah milik Allah SWT. Syurga dan neraka juga milikNya. Sebagai manusia kita tidak wajar menghukum manusia lain ahli neraka atau ahli syurga berdasarkan pengetahuan cetek dan pendangan mata kasar kita saja. Allah SWTlah yang maha mengetahui akan segalanya.
x reti bila masuk bab politik ni
ReplyDeleteapapun semoga yg terpilih akan menunaikan apa apa yang dijanjikan..igtlah pada AMANAH
setuju dengan Irfa.. ;)
ReplyDelete