Tip rawatan dan menangani masalah remaja

Surah Al Fatihah ialah surah yang kita semua hafal. Hari ini ramai ayah berjaya mendidik anak berjaya dalam akademik. Tetapi alangkah malangnya jika ayah dan ibunya berperangai tidak baik, dan 'berjaya' mendidik anak menjadi seperti mereka juga. Anak ialah kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Oleh itu, amalkan surah Al-Fatihah ini, in sha Allah akan dapat menyelesaikan banyak masalah. 

Inilah cara rawatan yang kami gunakan dalam menangani masalah remaja mengandung anak zina, remaja ketagih seks, dadah dan seumpamanya. Kami minta ibu bapanya membaca surah Al-Fatihah (di luar solat), dan selepas ayat 5, doakan daripada hati, “Ya Allah, tolong lembutkan hati suami/isteri/anak sebagaimana Engkau lembutkan besi kepada Nabi Daud”. Isteri tidak perlu banyak berleter, sebaliknya banyakkan berdoa. Anak-anak akan lebih mudah mengikut apa yang ditunjukkan ibu bapa, bukannya apa yang ibu bapa cakap. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menunjukkan teladan dan akhlak yang baik. via Tanyalah Ustaz Anak Bapak – Tanyalah Ustaz 17.04.2013

Comments

Popular Posts