Cinta melahirkan cinta


Cinta melahirkan cinta sebenarnya berdasarkan hadis nabi, "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.". Jika kita hendak diri kita disayangi dan dikasihi dan kita hendaklah terlebih dahulu menyayangi dan mengasihi. Kita kena lebih dahulu memberi. Didalam rumah tangga yang paling penting adalah kecintaan. Cinta manusia ini berasal dari syurga...cinta Adam di syurga yang kesunyian bila melihat di dalam syurga berpasang-pasangan. Allah SWT maha mengetahui isi hati kita malah kerlingan mata kita dibelakang suami juga Allah SWT ketahui dan ianya turut ditulis oleh malaikat yang sentiasa bersama2 kita.

Ketika Nabi Adam sedang tidur diambil tulang rusuk sebelah kiri dan dijadikan Hawa. Bila Nabi Adam bangun dia melihat ada seseorang sepertinya.....Allah SWT menikahkan Nabi Adam dan Hawa Wallahhualam. Dan bermulalah kasih sayang. Cinta itu bermula di syurga dan diturunkan ke dunia. Dalam hadis, Allah SWT punyai 99 kecintaan dan 1 diturunkan kedunia dan dengan 1 kecintaan itulah yang membuatkan seekor harimau menyimpan kukunya dari menyakiti anaknya. 1 kecintaan yang dikongsi oleh seluruh makhluk di bumi ini.

Cabaran kepada kita adalah membawa kembali cinta kepada syurga.  Jangan cinta yang berasal dr syurga pergi ke neraka. Kita diturunkan di bumi cinta yang ada dihatinya melahirkan rahmat. Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya (dengan rasa kasih sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan rasa kasih sayang) maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan rahmat. Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka. (HR Abu Sa’id). Memegang tangan isteri itu adalah sunnah. 

Allah SWT menjadikan rumah tangga itu gedung pahala bila suami isteri cintai menyintai. Suami mencari nafkah kepada isteri. Dalam hadis Nabi mengatakan setiap apa yang diberikan oleh suami akan di balas oleh Allah SWT. So para suami jangan lokek memberi nafkah kepada isteri. 

Rumah tangga adalah gedung kepada pahala maka syaitan akan berusaha kepada 3 perkara:
  1. Syaitan akan kacau agar tidak ada cinta, dipenuhkan hati dengan kebencian. Orang yang hatinya ada kebencian akan mudah benci orang lain. Hati isteri yang ada kebencian akan mudah benci suami. Mudah membesarkan benda yang kecil. Mudah maki-maki orang. Orang yang hati ada kebencian mudah marah-marah. Sebab itu dalam hati kena penuh dengan cinta. Orang yang hati ada kebencian mudah membenci orang lain. Burulah kasih sayang Allah SWT dan sayang Rasulullah dan sayang ini akan menolak kebencian. Hati bila penuh kecintaan akan menghindarkan kebencian. Ciri2 hati ada kebencian suka memaki orang.
  2. Kalau ada usaha untuk pupuk kasih sayang maka syaitan akan jadikan cinta itu sebagai fitnah seperti berlakunya penzinaan, anak luar nikah berlaku perkara tidak baik. dalam hadis nabi, fitnah itu tidur Allah SWT melaknat orang yang mengejutkannya. Fitnah adalah tarikan kepada benda yang tak baik. Amat perlu kita menjaga jangan sampai cinta kita ditarik ke neraka. 
  3. Jika cinta berakhir dengan perkahwinan maka syaitan akan membisikkan 4 perkara, 1.Syaitan membisikan kejemuan, manusia perlukan perubahan. Misalnya seksi sedikit didepan suami...ubah rutin supaya kita tidak jemu. 2. bisikkan tidak hormat (hilang rasa hormat), selalu membandingkan dengan kebahagian dengan orang lain, suami atau isteri orang lain. Jangan kita membanding-banding kerana akan lahir perasaan tidak puas hati dan tidak hormat sebagaimana yang berlaku kepada syaitan dahulu. 3. Syaitan akan bisikan tidak ada rasa timbangrasa. Sebagai suami kena bagi hak kepada isteri untuk dapat keredhaan Allah SWT. Akan timbul ungkit mengungkit dalam rumah-tangga. 4. Bisikan sangka buruk seperti cemburu yang mana akan melunturkan kasih sayang dalam rumah tangga. Jangan layan bisikan2 yang boleh melunturkan keharmonian rumah tangga.
Cinta melahirkan cinta sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah. Hidup ini seperti cermin. Kita senyum pada cermin makan refleknya senyum juga.

  1. Hendaklah kamu kasihlah kamu sesiapa yang dibumi maka akan mengasihi kamu oleh yang dilangit. Untuk menyintai manusia kena dari hati, kena ada niat. Ya Allah jadikanllah aku manusia yang sentiasa menyayangi manusia lain. 
  2. Hendaklah sentiasa memaafkan. Maafkan adalah untuk diri kita....orang yang tidak memaafkan selalu akan cakap bersendirian, muka selalu berkerut. Bila tidak memaafkan ianya akan menjadi bebanan dala diri kita. Bila teringat sahaja maafkan In Sha Allah kita akan lebih tenang.  Tip untuk menyayangi orang.
  3. Berhadiahlah kamu dan berkasih sayang. Beri hadiah kepada isteri, anak-anak, ibu, mertua. Selalu perhatikan apa yang selalu dipakai dan disuakai oleh pasangan. (tahadu tahabbu)
  4. Senyum. Senyum itu melahirkan kasih sayang. Untuk selalu senyum kena selalu ingat Allah SWT. Ingat Allah membuatkan hati tenang. Selalu ingat kebaikan orang lain. Jangan ingat kelemahan orang lain. 
Mulakan cinta dulu dari dalam diri kita

catatan dari : Ustaz Muhamad Abdullah - Pesona D'Zahra IkimFM : 1 April 2013 Cinta Melahirkan Cinta









Comments

Popular Posts