Ok Boss (part 1)
Sudah lama rupanya aku bekerja makan gergaji ni, rasanya semua bosses baik2 belaka.
Boss pertama kat Faber Tower (bangunan bukan company, company biarlah rahasia) - GM Tuan Syed, FC- En Hassan. Masa ni belum kahwin. Actuallynya sebelum join this company aku dah dapat offer SIRIM tapi masa berlegar-legar tunggu marka yang kerja di Arab Malaysian, Jalan Raja Chulan aku mengatal pergi register di sebuah agency pekerjaan di bangunan tersebut. Orang di agency tersebut bagitahu ada satu company di Taman Desa nak pakai account staff so dia advise aku pergi interview keesokkannya.
Esoknya, tepat 9.00 am aku dah berada di Faber Tower. Di sana aku ke HRD bertemu dengan Miss Angie, tinggi dan cantik orangnya. Kata Miss Angie semasa dia menemuramah aku, "tuan syed mesti suka ni orang negeri dia, nanti I hantar you jumpa FC then Tuan Syed,". Aku cuma tersenyum. Aku kemudiannya di hantar di syarikat yang sepatutnya aku bekerja, 2nd round interview dengan FC - Encik Hassan. Dekat 1 jam aku mendengar kisah suka duka Encik Hassan kemudian final interview dengan Tuan Syed. Tuan Syed ni rupanya dari Kedah. Slang Kedahnya masih bertiun dilidahnya. Tersenyum dia bila melihat detail mengenai diriku. Satu word yang kekal dalam ingatanku dari Tuan Syed, "no short cut wat to success". Petang hari aku menerima panggilan dari Miss Angie yang mengatakan aku patut lapor kerja minggu depan. Mana satu nak pilih. Mengenangkan Tuan Syed yang baik hati dan Taman Desa pun pun tak jauh mana dari Sungai Besi. Aku lebih tertarik kepada Faber Tower berbanding SIRIM.
Di sana aku buat full set of account. Semua staff perempuan di sana sudah berkahwin dalam usia penghujung 20an dan 30 an. Engineer ramai cuma mereka based kat offshore. Suasana office selalunya sepi jika tidak ada engineer. Ada beberapa orang geologist. Disebabkan aku lone ranger selalu aku join Tuan Syed makan esp makan meehoon sup utara dan dalam banyak hal Tuan Syed akan memberitahuku berbanding setiausahanya. Maklumlah satu negeri asal jumpa boleh berbaik macam saudara. Namun perkara ini disalah erti oleh kakak-kakak di pejabat.
Di Faber Tower juga aku bertemu dengan ex-school mate Zairiniza (Zai). Zai masa ni kerja di Faber Medi Serve kalau tak silap. Bila jumpa member sekolah dari ayu-ayuan skema jadi ho ha ho ha. realitinya aku memang ho ha ho hapun.
Banyak perkara aku belajar dari Tuan Syed, "Salina nak beli benda makan wajib tengok label, berapa kandungan gula..bla bla bla". darinya juga aku belajar yakin diri dan jadi diri aku sendiri....misalnya di meja makan hotel tak payah nak skema ikut macam mat saleh kalau kita tak reti guna garfu pakai tangan saja.....kata Boss dari Kedah ini. Begitu juga dengan Encik Hassan yang dulunya berjiran dengan Normala Shamsuddin, hos rancangan Nona TV3. Selalu dia bercerita mengenai si Normala ni. Kelakar kan lelaki bergossip....
Boss juga manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Ketua yang baik selalunya tidak akan sombong kerana dia tahu dia juga hamba Allah.
Apa yang anda kagumi tentang boss anda?
Boss juga manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Ketua yang baik selalunya tidak akan sombong kerana dia tahu dia juga hamba Allah.
Apa yang anda kagumi tentang boss anda?
Di sini lima perkara yang selalu boss anda atau mungkin juga anda sebagai boss terlepas pandang untuk melaksanakannya.
1. Beri salam.
Jarang
sekali kalau kita perhatikan boss atau ketua di tempat kita yang mula
memberi salam. Asyik-asyik anak buah boss juga yang kena mulakan memberi
salam. Selalu juga berlaku anak buah yang beri salam, tapi boss tak
jawap. Jikalau anda sebagai boss atau ketua di organisasi anda, apalah
salahnya anda menghulurkan salam kepada anak-anak buah anda di pejabat.
Percayalah mereka akan segan dan mula menyayangi anda.
2. Beri hadiah penghargaan pada hari-hari tertentu.
Satu
perkara yang mudah tetapi adakah anda sebagai boss atau boss anda
lakukan untuk anda? Penghargaan yang tak seberapa tapi akan menyebab
staf di bawah anda memberikan kesetiaan kepada anda dalam melaksanakan
tugasan yang diamanahkan. Boss anda mungkin juga memberikan alasan susah
untuk mengingati tarikh lahir staf yang ramai. Tapi itulah yang perlu
boss lakukan untuk menjadi boss yang hebat.
3. Staf adalah famili di pejabat.
Jangan
hanya menganggap staf di bawah anda sebagai rakan kerja, tetapi mereka
sebenarnya adalah famili kedua anda di pejabat. Jadi jangan hanya layan
mereka sekadar rakan kerja untuk menyiapkan tugasan yang anda berikan.
Anda juga perlu tahu masalah dan emosi mereka.
4. Turun padang.
Banyak
sekali yang berlaku, setiap kali majlis-majlis kecil atau
program-program yang dianjurkan oleh staf anda, anda sebagai boss tidak
hadir untuk meraikannya. Anda mungkin menyerahkan pembantu di bawah anda
untuk hadir. Tetapi tanpa anda sedari anda telah mengecewakan mereka.
5. Berikan hak-hak staf di bawah anda.
Bukan
mudah untuk menjadi seorang boss yang hebat. Anda perlu tunaikan semua
hak-hak mereka agar mereka lebih mengasihi anda. Hadirilah setiap
jemputan yang melibatkan kenduri kahwin, majlis tahlil, atau ziarahilah
keluarga staf anda sekiranya mereka ditimpa kesusahan. Hulurkan bantuan
kepada mereka. Jangan hitung kuantiti yang anda beri, tetapi ambil kira
kualiti yang telah anda lakukan. Perkara yang anda lakukan ini mungkin
tak seberapa di sisi anda tetapi besar nilainya di sisi mereka.
Percayalah
bahawa anda bakal menjadi boss yang hebat sekiranya anda mengambil
berat 5 perkara ini.Memimpin memerlukan kemahiran tertentu agar dapat
memberikan kesan yang efektif kepada staff di bawah anda. Kemahiran juga
memerlukan keyakinan dan pendekatan yang kreatif agar proses memimpin
lebih mudah dan fleksibel kepada semua golongan yang menjadi sasaran
pimpinan.
Ketahui
lebih lanjut bagaimana mahu menjadi seorang ketua atau boss yang
dikagumi dengan mencontohi akhlak Rasullullah sallallahu a'laihi
wasallam.
Comments
Post a Comment