Prof Dr Muhaya Mohamad - Islam Itu Indah IkimFM : 3 Apr 2013 Celik Mata Reset Minda Orang Yang Insaf

Selagi tidak timbul keinsafan kita tidak akan berubah.
Orang di Gaza bahasanya tidak negatif, tidak merungut.
Dunia dalaman menentukan dunia luaran
Orang yang takut kepada Allah SWT tidak takut kepada apa-apa
Bila kita hidup dalam keinsafan In Sha Allah kita akan tenang

Orang Gaza walaupun mereka kuat ttp tidak kasar
Banyak orang yang semasa muda tidak berhijab bila telah berhijab merasa tenang.

Hidup kita jangan suka menghukum orang lain.
Bila Allah buka hijab nur hati kita dan akan nampak nikmat hidup bersyariat.

Kita yang sedang insaf kena sentiasa bersangka baik kepada orang lain.

Kita perlu sembunyikan kebaikan macam kita sembunyikan kejahatan kita. hentikan mencari perhatian ttp banyak memberi perhatian

Ibu bapa jahil, suasana rumah dan sekolah akan melahirkan anak yang jahil.

Ibadah khusus dan amalan sunat. Jadikan setiap hembusan nafas kita sebagai ibadah.

Delete apa orang kata. Fokus kepada keredhaan Allah SWT.

Orang yg tak suka tengok org senang ada dengki dalam dirinya. Ibu bapa soleh akan dapat anak2 dapat berkat.

"Para suami semoga memberi perhatian pada isteri dan anak anak dan niat menjadi ayah yang baik yang akan bimbing anak isteri ke syurga. Jika masih suka main game dan ketagih pada alam maya alangkah rugi di alam Barzah atau KUBUR nanti. Menyesal meraung di kubor tidak berguna lagi. Jom bangkit dari tidur yang lama sebelum kita sedar di kubor nanti pergi tak kembali. PAra isteri cari redha Allah dengan mendapat redha suami. Hentikan sifat degil dan merasa diri kira sempurna. Jom reset minda"

Bangun pagi bila jiwa tak tenteram bermakna kita banyak dosa. Imagine bagaimana sakaratul maut kita cari ilmu dan bacaan yang baik.

Jadikan ibadah sebagai satu cara hidup kita. Selalu beristifar dan sentiasa berselawat. Sentiasa cari matawang akhirat.

Tip Istiqomah .....

1.Ilmu (bangun pagi dengan majlis ilmu....Tanyalah Ustaz) sentiasa pasang majlis ilmu
2. Displin dalam melakukan ibadah.

Reset minda betulkan diri, akidah, ibadah....orang yang bermasalah kenang kembali diri bukan melihat suami atau isteri dan anak2. Kena selalu lihat diri sendiri.

Soalan mengenai bapa yang telah bertaubat adakah anaknya mewarisi perangainya.
Jawapan: Kena sentiasa husnozon (bersangka baik) kepada Allah SWT.

Hanya Allah SWT yang boleh menghukum siapalah kita ynag mahu menghukum orang lain. Tidak ada manusia yang boleh mengatasi masalah kita.

Hidayah adalah satu benda yang tidak ternilai. Hati yang baik merupakan anugerah yang tidak ternilai dari Allah SWT.

Sebagai isteri kita kena cari redha suami.

Kita dihidupkan hari ini bukan untuk menambah dosa. Melainkan hidupnya kita untuk terus menambah pahala. Kehidupan kita bermula saat kita MATI.
 



Comments

Popular Posts