Seni memaafkan .. art of forgiveness


Kenapa perlu memaafkan?
 

  1. Dalam Islam memaafkan adalah dari perintah Allah SWT. Maksudnya memaafkan ni tidak sia-sia.
  2. Sunnah nabi. Sebagaimana nabi yang pernah dibaling najis, dipukul, dibaling batu namun semuanya dimaafkan oleh nabi. 
  3. Untuk diri kita. Memaafkan boleh menghilangkan beban yang membuatkan kita stress, tertekan dan mungkin akan bercakap bersendirian. Seni memaafkan adalah untuk diri kita sendiri. Jangan biarkan diri kira tidak bahagia dan untuk Allah SWT beri ketenangan dan kebahagian diri.

Memaafkan adalah satu seni.


1. Kita perlu jelaskan dan ingatkan apa matlamat atau niat kita dalam rumah-tangga. Allah SWT itu Adil nilah kita bahagia diberikan kita ujian. Misalnya Allah SWT berikan kita anak yang baik namun diuji dengan suami yang bermasalah. Mengapa kita diuji kerana Allah SWT tidak mahu kita berada dalam zon selesa yang membuatkan kita lupa pada Allah SWT. Jelaskan semula matlamat iaitu untuk mencari keredhaan Allah SWT sesungguhnya tidak ada cinta yang sempurna dan kebencian yang sempurna.  Jika kita niat untuk dapat keredhaan Allah SWT kita akan dapat keredhaannya.

2. Kena selalu sebut untuk memaafkan dan benda yang kita selalu sebut kita akan ingat. Biar kita cantik dengan pemikiran yang cantik. Kita akan lebih tenang bila memaafkan. Jangan sebutkan kemarahan. Kata nabi fitnah jangan selalu sebutkan bila disebutkan akan berpanjangan. Fitnah itu tidur dan Allah SWT melaknat orang yang memanjangkannya.
3.Tukar keadaan.... dari segi psikologi bila berlaku sesuatu tukar misalnya h/phone, perabut rumah...tukar. Apa yang kita ingat itulah benda yang selalu kita sebutkan. 

4.Hobi adalah ubat bagi diri dan hati asalkan jangan bertentangan dengan syarak. Jangan bunuh hobi suami namun selalu ingatkan pasangan supaya mereka tidak terlalu berlebihan dengan hobi sehingga lupa rumahtangga.

5.Warna ni terapi diri. Alam sekitar mempunyai pelbagai warna. Hayatilah warna. Bila sakit hati atau bergaduh dengan pasangan keluar dan duduk ditempat lapang seperti masjid, tengok langit, bintang yang mana akan menjadi terapi diri. Allah SWT jadikan semua alam ini berseni.

6.Kena banyak bersyukur. Kita tak mungkin dapat hitung nikmat yang Allah SWT berikan. Terlalu infiniti.

7.Dunia ini merupakan tempat diuji. Setiap ujian mendatangkan kebaikan. Setiap kesusahan itu ada kesenangan. Kita kena faham setiap manusia kita sentiasa diuji.

Cara meminta maaf kadang kala diterjemahkan melalui perlakuan misalnya membeli barang, berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya tidak semestinya melalui perkataan.

Cara mendidik hati sentiasa memaafkan semua orang adalah melalui iman iaitu dengan kita sentiasa ingatkan Allah SWT. Jika kita tidak maafkan orang kita yg terbeban dan fikiran kita akan sentiasa memikirkannya.
Cara meminta maaf dengan orang yang telah meninggal melalui dengan berbuat baik dengan siapa dengan orang yang disayangi oleh orang yang telah meninggal. Banyakkan buatkan amalan kepada orang yang telah meninggal.

Iringilah benda yang buruk itu dengan kebaikan.

Bila kita menyayangi seseorang adalah sunnah untuk kita mengucapkannya. Bahasa yang indah boleh mengubah seseorang.

Salah satu seni memaafkan adalah dengan memaafkan diri sendiri. Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah melihat pada sesuatu yang bermula ttp ALlah SWT melihat dipenghujung hidup kita.

Mulia didunia dan mulia diakhirat. Seni hidup yang diajar oleh Nabi. Maafkan orang lain mulia di akhirat dan mulia didunia kemaafkan menyedarkan orang yang melakukan kesalahan.



catatan dari Ustaz Muhamad Abdullah - Pesona D'Zahra Ikim (8 April 2013) Seni Memaafkan


Comments

Popular Posts