Bila hidayah datang menerpa
Setiap kali membaca post facebook Saudara Firdaus Wong pasti aku sebak. Dari Allahlah datangnya hidayah itu. Sebak menyelubungi diriku yang kini memegang status Muslim kad pengenalan namun masih cetek ilmu agama. Kadang kala aku terpesona dengan dunia malah kerap aku ter"laqo" dengan permainan dunia.
Hidayah itu adalah nikmat, nikmat yang datang mengebu-gebu, terasa sejuk sekali
Hidayah itu membuka mata hati kita untuk u-turn mencari redhaNYA
Hidayah buat insan yang terpilih antara jutaan insan-insan yang berkelana
Hidayah membuatkan hati sekeras beli lebur mengalir bak arus di sungai
Takala Hidayah menerpa kita tersentak......masih cukupkah masa buat kita
menimba bekalan buat Akhirat sana.
Bila melihat anak-anak yang kian membesar lantas aku merasakan diri semakin tua dan semakin hampir jua aku bertemu dengan sang Pencipta. Aku cubai seupayanya menerapkan kepada anak-anak rukun pertama, kedua dan ketiga. Dan sejujurnya aku amat takut berada dalam zon selesa.....zon selesa mudah membuatkan kita alpa. Zon selesa membuatkan kita lupa orang lain yg berada di bawah kita.
Bila mengenangkan hidayah akan menerpa tidak kira siapa kita, aku insaf. Siapalah kita yang mahu menghukum syurga atau neraka hamba Allah SWT yang lain melalui pakaian, penampilan dan siasah seseorang individu. Kita cuma hamba. Yang terleka akan kembali sujud kepadaNYA bila disergah dek hidayah. Yang terlupa akan kembali kepadaNYA bila disapa dek hidayah. Yang tidak kenal siapa Allah SWT akan tercari-cari yang menjadi orang yang amat dekat sekali denganNYA bila dikirimkan hidayah padanya.
Maksudnya: Ya Allah, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan iman
kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami
rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Comments
Post a Comment