Doa aku yang masih di atas pagar
Aku pejamkan mata memikir apakah benar yang kita katakan zalim itu benar2 zalim. Aku tidak menyokong mana2 pihak aku adalah pemerhati yang berada di atas pagar.
Kata penyokong Pakatan Rakyat
Bantulah HENTIKAN kezaliman dan ketidakadilan UMNO/BN
Anda boleh membantu dengan tidak memberi undi kepada mereka
Sudah cukuplah 55 tahun ini
Kasihanlah kepada anak muda kita generasi pewaris kita
Sediakan mereka satu negara yang sejahtera
Maju dunia dan sejahtera akhirat seiring
Dalam hatiku benarkah kerajaan yang ada ini zalim.
Zalim dan tidak adilkahkah jika anak2 masih boleh melaungkan azan memanggil hayya `ala as-salah
Zalim dan tidak adilkahkah jika kita dan anak-anak tidak bermasalah untuk keluar berjemaah di masjid atau musola di sekitaran kita
Zalim dan tidak adilkahkah jika anak-anak ria bermain tanpa bedilan dan tembakan
Zalim dan tidak adilkahkah jika kita dan keluarga masih boleh keluar rumah membeli belah malah bersantai di taman2 permainan.
Zalim dan tidak adilkahkah jika kita masih mampu membeli kereta buatan luar negara sedangkan jiran kita mengadai nyawa membelah lautan ingin menikmati hujan emas dinegeri kita
Zalim dan tidak adilkahkah jika kita anak-anak kita semuanya kita hantar di pusat tusyen berbayar untuk mereka berjaya dan kita laungkan pula pendidikan percuma
Hatiku bertanya lagi,
Benar-benar ikhlaskah mereka yang mahu mengubah dan apa sebenarnya yang ingin mereka ubah. Apakah agenda lain mereka disebalik semua ini.
Aku risau,
Andai perubahan ini umpama perubahan yg Melayu inginkan takala Jepun mendatang. Kata abah zaman Jepun sungguh menyiksakan.
Andai perubahan ini umpama angin perubahan yang meruntuhkan Daulah Islamiah terakhir Turki Othmaniah oleh Kamal Artatuk yang mana disokong oleh ribuan rakyat dan jugak ulama yang mana akhirnya memilukan umat Islam hingga ke hari ini. Ulama kemudian terperosok jauh dan suara mereka langsung sepi.
Ini adalah sejarah dan sejarah telah membuktikan setiap yang berjuang ada agenda mereka tersendiri.
Kedua-dua perubahan ini dibawa oleh golongan ilmuan juga yang alim itulah keyakinan marhain bahawa inilah yang benar.
Adakah ini benar? Kita sendiripun tidak dapat menelah.
Lain di mulut lain dihati
Hari ini mereka boleh mengatakan kami ini berjuang untuk membela kamu dan bila mereka ditampuk kuasa esoknya kita tidak dapat menjangka.
kata-kata Zainal Rashid Isa (Zahid Isa)
Ya Allah Ya Rahman,
Ya Allah Ya Al'Aliimu
Ya Allah kami tidak tahu apa yang ada dihati-hati mereka Ya Allah Ya Al'Aliimu. Andai yang ada dihati mereka memudaratkan kami umat Muhammad ini Ya Allah berikanlah kami petunjukMU. Tunjukkanlah kami semoga yang mudarat itu tidak kami pilih. Jauhilah kami dari tersilap sebagaimana nenek moyang kami...lindungilah kami Ya Allah kami amat lemah amat lemah.
Aku pohon yang terbaik buat kami Ya Rabb |

[
LENSA MiNDA ] SABAR SEBELUM BERTINDAK. Jangan sekali-kali kita
terburu-buru dalam melakukan apa jua kerja atau tindakan kerana syaitan
akan bersama mereka yang terburu-buru sikapnya & tidak sanggup
bersabar. Kita perlu tenang & ambil masa untuk berfikir sebelum
membuat apa jua keputusan & memulakan langkah untuk mengambil
tindakan. Kemenangan & kejayaan itu adalah bagi mereka yang sabar,
teliti, bersungguh-sungguh & berani. All the best buat sahabat
semua.
Ya Allah Ya Rahman,
Aku ini hambamu yang lemah lagi naif...aku tidak tahu apa yang akan berlaku esok dan hari seterusnyanya dan Ya Alllah yang maha mengetahui apa yang tidak kami ketahui lindungilah aku, suamiku, keturunanku, ahli keluargaku, jiran tetanggaku, dam seluruh umat mukmin dari kezaliman yang sebenarnya. Kezaliman yang membuatkan kaki kami terbelenggu untuk melaksakan tanggungjawapmu. Kezaliman yang membuatkan keturunan kami menderita tanpa Nurmu. Lindungilah kami ya Rahman ya Rahim.
Ya Allah Ya Al'Aliimu
Ya Allah kami tidak tahu apa yang ada dihati-hati mereka Ya Allah Ya Al'Aliimu. Andai yang ada dihati mereka memudaratkan kami umat Muhammad ini Ya Allah berikanlah kami petunjukMU. Tunjukkanlah kami semoga yang mudarat itu tidak kami pilih. Jauhilah kami dari tersilap sebagaimana nenek moyang kami...lindungilah kami Ya Allah kami amat lemah amat lemah.
Comments
Post a Comment