Happy Bufday Ayah dan terima kasih

Hari ini adalah hari lahir ayah iaitu mertuaku ayah kepada cik B. Semoga Ayah dan mak sentiasa didalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Ayah dan mak manis semoga umrah ini memberi keberkatan dunia dan akhirat aaminnn
Abahku merupakan seorang yang agak tipikal malaysiam...tipikal malaysiam yang ala2 Merong Mahawangsa yang mana everything semuanya disediakan oleh isteri. Pantang incik suami melakukan kerja yang dilakukan oleh puan isteri even air basuh tangan kena disediakan didepan mata.
ayah dgn 4 org anak lelakinya (2 lagi tak ada dlm pic ni) cucu & me....menantu
Bila cik B memasuki keluarga kami dia telah melakukan rutin yang tidak dilakukan oleh golongan malaysiam. Cuci pinggan. Marah abah kepadaku bila melihat cik B mencuci pinggan selepas makan. Dikatakan aku ini melampau. Maklum la aku ni outspoken dan cengei takut depa anak bongsunya ni membuli menantu yang sorang tu. Dari abah ke abang-abang semuanya memarahiku. "Adik ni teruk sungguh suruh Mat buat macam2", marah mereka. "Hang ni dari kecik gheja nak buli orang saja", marah abang seorang lagi. 

Seorang bapa contoh yang sentiasa dihormati dan disayangi anak2nya
Dan apabila ayah datang menziarah abah di pida tanpa segan silu ayah membawa pinggan makan untuk dicuci telah membuka mata keluarga tipikal malaysiam ini. "Patut la mat lagu tu ayah dia pun sama...baguih sungguh", kata-kata yang keluar dari mulut abah.

Sebenarnya apa yang dilakukan cik B adalah rutin biasa dalam keluarga Tok Yah. Mereka melakukan perkara yang disunnahkan iaitu menolong isteri ketika di rumah. Terima kasih ayah dan terima kasih mak kerana berjaya mendidik anak2 lelaki mak dan ayah menjadi lelaki penyabar dan budiman. Sifat sabar ayah banyak terturun kedalam diri anak-anak lelakinya terutama cik B. Banyak perkara yang ayah lakukan bersama cik B ketika dia kecil seperti membawanya berjemaah di masjid, membawanya bermain dan membawanya ke pekan Kuala Ketil diulanginya kepada anak-anak kami kini.

Teringat kata-kata Mak Teh Faridah, Sungai Pasir, "Ayah hangpa tu sabaq dan suka tolong orang. Anak2 dia In Sha Allah akan terturun sifat2 yang baik tu...dan anak cucu Tok Awang memang orang2 yang penyabar bertuah sapa yang jadi anak menantunya".

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Surat al-Baqarah ayat 153]

Orang yang bersabar kata mak selalunya tidak akan rugi...mak seorang malaypattani yang amat bersabar melakukan rutin tipikal malaysiam.


Comments

Post a Comment

Popular Posts