Tips Cinta Antara Suami Isteri

Ni versi tampal menampal cik B yang hantar jugak...lepas habih baca terus aku call *bini dia memang tak reti nak tepon* dengaq sora terus aku cakap *i luv u* dia tergelak besaq yelah dah tau emailnya dah dibaca he he he.....

*    Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja
      masing-masing.


*    Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin  harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.


*    Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan   sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang  dilakukan.

*    Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti ` I LOVE YOU ' sepenuh hati sebelum  keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

*    Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia  tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

*    Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja  sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan     meluahkan   perasaan.

*    Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga  hinggalah politik semasa sebelum tidur.

*    Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan   walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

*    Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau  sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.

*    Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet  atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting      untuk mengeratkan kasih sayang. *tidoq asing2 tp anak berdozen* tak dak la pulak nak bercerai berai he he he

*    Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta  bersalam-salaman selepasnya.

*    Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli  untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

*    Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa  tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu              pasangan pasti menyukainya.

*    Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar,  teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

*    Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri  melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

*    Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan   pasangan merasa jemu.

*    Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk   menyelesaikannya.

*    Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah  tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat      tersebut.

Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Comments

Post a Comment

Popular Posts