Perlukah mummy membebel?
Anugerah Terindah |
Perlukan mummy membebel?
Membebel disini adalah bebelan positive. Mak dulu jarang membebel tapi mak selalu mengingatkan supaya aku tidak lupa. "Adik solat, adik solat", dan suara itu terngiang-ngiang ditelinga hingga sekarang. "Jangan ambil hak orang lain ....selalu beringat ..hidup jangan terlalu mewah", kata-kata ini masih kedengaran. "Adik Al Quran tu mcm hati kita kena selalu baca kalau dak kita lupa", mak bukan saja mengingatkan aku malah setiap malam atau lepas solah subuh dia tidak lekang dengan al quran dek kerana itulah dia menjadi insan yang amat penyabar.
Pagi ini dalam kereta seperti pagi-pagi biasa mulut mummy mula membebel, "ingat solat tu indicator kita sebagai hamba Allah SWT, waima dengan sapa kita kawan di mana kita duduk, kita kena jadi macam ikan dilaut" .."mama indicator tu apa dia" ha ha ha dah kujangka soalan akan keluar dari mulut Alang Myra. "Tanda aras laa...mcm periksa 5A, 4A", terang Kakak, anak sulungku. Oooo melopong mulut Myra & si Al Khattab dengan mood pagi hanya mendiam diri tapi kupasti sedikit sebanyak kata2 mummy melekat didalam kalbu mereka.
Teringat kata2 Prof Dr Muhaya dalam Islam Itu Indah, IKIM - tolong jangan masukan benih2 negatif kepada anak2 kita bawah 7 tahun marah, mengutuk, kata2 tidak baik jugak filem2 ganas sbb pada umur ini minda bawah sedar anak2 akan terima setiap apa yang diucapkan oleh ibu bapa ianya akan menjadi MIND SET. Jadi setiap hari kita para ibu patut mengeluarkan kata2 positif dan kata2 semangat kepada anak2 moga akan hadir dalam diri mereka aura yang segar dan positif.
Doa juga memainkan peranan terutama bagi mummy yang anak ramai sepertiku. Doalah supaya Allah SWT memudahkan dan melapangkan kita dalam melaksanakan tanggungjawap mendidik anak2 kita. Jadikan Al Quran sebagai pemangkin dalam mendidik dan bak kata mak jangan terlalu mewahkan anak-anak hiduplah seadanya setiasa kupegang.
Comments
Post a Comment