Hearing Test....Alhamdulillah

Semalam 14.6.2012 merupakan tarikh temujanji yang diberikan oleh pihak Hospital Putrajaya untuk Hearing Test. Sebenarnya selepas bersalin pada 5.4.2012 pihak O&G HPJ telah membuat Screening Test kepada setiap bayi yang dilahirkan disana. Semasa ujian tersebut aku dan suami dimaklumkan hearing test Al Waleed gagal. Sebenarnya kami telah bersedia atas setiap kemungkinan maklumlah bersalin diusia menghampiri 40an. 

Keputusan hearing test semalam Alhamdulillah telinga kanan Al Waleed pass bermakna ia berfungsi normal manakala telinga kiri masih fail. Namun doktor yang membuat ujian memberitahu dia tidak risau memandangkan salah satu telinga pass dan peralatan ujian amat sensitif pada persekitaran kandungan tahi telinga, selsema dan beberapa keadaan boleh menyebabkan keputusan fail. Namun kami harus pergi untuk temujanji seterusnya.
kehadiran indah selepas pemergian al Affan 10.4.2010
 
Kebaikan Screening Test kepada bayi yang baru dilahirkan, kita para ibu bapa lebih cepat mengetahui jika  berlaku ketidak normalan bayi yang baru dilahirkan dan kita dapat membuat persediaan lebih awal bagi menjamin masa depannya.
just born 5.4.2012....still pinky

Semalam aku bertemu banyak ibu yang datang untuk pelbagai ujian salah satunya ibu kepada bayi yang berusia 2 minggu yang mana bayinya dikenalpasti mengalami masalah tulang kaki dan dia kini berulang alik bagi melakukan physio untuk bayinya itu.

Anak adalah suatu amanah. Kehadiran mereka adalah anugerah tidak kiralah bagaimana keadaan mereka dan aku amat kagum dengan ibu-ibu diluar sana yang amat tabah dan sabar dengan anugerah istimewa mereka.

Comments

  1. alhamdulillah..semoga anak2 kita sentiasa sihat dan ceria

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts