Mati itu adalah pasti
4.03 pm - 8 June 2012 terima sms dari Kak Ti iaitu kakakku yg ke 4...."Assalalamualaikum....Din masuk ICU kalau nak tgok Din kali terakhir balik la". Din atau nama penuhnya Hafizzuddin anak sulung Kak Ti berusia di pertengahan 20 an juga anak saudaraku. 12.01 am 9 June 2012 aku terima panggilan daripada Abang Husin, anak saudaraku Normah juga adik Din Fadhilah yang mengatakan Din telah kembali menemui Allah SWT setelah dipinjamkan selama 24 tahun ke dalam keluarga kami. Masih terbayang wajah manisnya tekala aku dan keluarga mengunjungi Kak Ti di Nawa pada December tahun lalu.Masa itu Din baru saja mengalami kesakitan yang membawanya menemui ajal. Daripada Normah dan Kak Ida aku dapat mengetahui perkembangan lanjut perihal Din. Jazakallah.
Melihat Al Khattab aku terkenangkan Din. Manja dan kerap aku mengusiknya takala bertemu. Din agak rapat denganku mewarisi sifat Kak Ti yang banyak menyimpan rahsia dan menyembunyikan kesusahan diri. AlFatihah...bahagialah dirimu disana. Daripada perbualanku dengan Kak Ti, Din banyak menyebut nama Allah SWT takala melawan kesakitan saat akhir nyawanya, Semoga Allah SWT menempatkannya di sisi orang yang beriman. Mati itu pasti menemui kita.
Tahun 1990an keluarga kami juga kehilangan aruah Ayu, anak sulung kepada Abang Non iaitu abang keduaku. Walaupun aruah telah tiada di dunia namun aku sering merasai kehadirannya dalam diri anak-anakku. Wajah Kakak, puteri sulungku yang hampir seiras dengan aruah Ayu membangkitkan ingatan kami kepadanya.
Setiap insan pasti akan merasai 'mati', Cuma masanya tak siapa pun pasti, Kegerunan Izrail mesti dihadapi,
Walaupun diri mendesak ingin melarikan diri, Tapi, kenapa perlu menghadapi mati? Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Illahi, Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban diri, Ruang rehat bagi mereka yang iman dan taqwa dijadikan pakaian diri, Tetapi sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri,
Perintah Illahi.

Comments
Post a Comment