Lata Bayu

Sabtu lepas....sebenarnya tak ada sebarang planning pun, selesai sarapan aku berkemas sambil mengasingkan baju kotor yelah esok nak balik KL. tetiba dengar suara teriak Mak Cik Zan dari living, "Jom kita pi Pantai Merdeka", aku selamba..."Jom"...Mertua pun ckp klu nak pi berkelah jom kita masak2. Ada yang kata Pantai Merdeka tak best panaih.....kita pi Tupah. Tupah pulak cik B kata tak menarik....Lastly pi Lata Bayu..lama tak kunjung tempat ni banyak perubahan...Apapun anak2 memang teruja yelah kat KL kalau setakat Sg Congkak tu tak ada maknanya, waterpark hanya buatan manusia.......

sebenarnya ramai lagi yang tak ada dalam pic ni ramai dah terjun ke air terjun
Family Cik B mmg gemar aktiviti outdoor ni asal kami balik kampung mesti ada saja tempat untuk berkumpul. Aku mcm biasa ok saja cuma kali ni mummy look like mcm indon ha ha ha..apa taknya asyik mengendong baby saja nak dukung cara biasa susah sikit yelah babynya belum masuk 2 bulan. 

Geng anak2
Khattab beraksi
papa wiz anak2
Khattab memang puas hati....siap nak datng lagi. Malisha pulak pelik dgn mamat2 Kedah yang asyik memanggilnya, "kak cik kak cik". "mama, pasai apa depa dok pangge kakak kak cik". Aku tersenyum, "Kak tu cara org Kedah mengorat kalu di kl depa tanya boleh kita couple org Kedah pangge dulu kalau ada respon depan pi mode ke nombor 2 pula".

Apapun kedatangan ke Lata Bayu ni bagai mengurai memori semasa sekolah dulu. Kenangan rombongan bersama kawan2. Kami mana bermarka zaman sekolah he he he

Comments

  1. bestnya piknik..perut mesti lapar je bila lepas berendam ;)

    ReplyDelete
  2. Irfa kita tak mandi sbb ada baby kecik ...he he he mode lepas pantang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts