Bandar Darul Aman.....
Terima jemputan "House warming" dari Kak Ja iaitu satu-satunya adik perempuan Cik B. Sebenarnya Kak Ja anak Pak Ngah Lah sepupu cik B namun memandangkan cik B pernah tinggal dengan keluarga Pak Ngah Lah jadi dia menganggap anak-anak Pak Ngah umpama adik-adiknya juga malah walah mereka hampir seiras dengan cik B.
Kami sampai di Pekan Jitra hampir pukul 12.30 pm adik beradik telah ramai berkumpul. Wow..teruja dengan rumah baru Kak Ja dan Amran ni. Paling mendamaikan bila berada di dapur...permandangan sawah padi saujana menghijau.
"Ma...kita retire kat Kedah lah, kita bila sebuah lagi rumah di Kedah", kata cik B semasa perjalanan pulang. Amboiiii.
Beli rumah di kedah. Di mana?. Kepala otak aku mula berpuzzle.
Hati aku sebenarnya melekat di Bandar Darul Aman. Dekat denga sahabat kecilku, Normah juga BFFku Norul Ashikin dan beberapa teman lain yang melekat di jiwa. Sebenarnya aku merindui zaman semasa kecil...zaman otak aku dan Normah yang amat kreatif dengan watak-watak kartun rekaan kami. Agaknya kehidupan kecil yang kreatif itulah yang membentuk kami sebagaimana kini.
Semalam kunyatakan pada cik B, "Bandar Darul Aman.....kawasan tu tenang sangat lagi pulak dekat dengan Airport, anak2 kalau stay luar Kedah tak payah kalut nak drive balik kampung kita pun kalau nak visit anak2 pun senang, pulak dekat dengan Essemjay", ....chewahhh jauh pandangan dan ada memory la pulak. Cik B pun zaman remajanya banyak di habiskan disekitar Kubang Pasu, dia lebih arif dengan peta Kubang Pasu berbanding Kuala Muda. Pejam mata.....indahnya zaman bersara berada di sana.
rasa seronok bila apa yang kita angankan menjadi kenyataan kan.. ;)
ReplyDeletetu la harap2 mcm tu la ...mmg dok harap nak balik bersara di kg ...
ReplyDeleteaik, nak beli airis ka? syok..syok...pencen nanti boleh pi mngaji quran sama2..huhu...back to old time ...pi mana sama2..
ReplyDeleteplan mcm tuh la tapi semalam pi presint 11 putrajaya ..pak su berkenan tang tu pulak dah ...jenuh org dah plan baguih punya tua2 nanti sembang sambey gobek sireh he he he he
ReplyDeletepenah juga terfikir kalau pjg umur dan pencen nanti nak duk mana
ReplyDeleteyg pasti biarla dekat ngan anak2..kalau jauh kesian mereka nak dtg menjenguk