Pasang surut kehidupan

Dari Lynna teman FB juga juniorku semasa di Essemjay aku dapat ini:

Kita sekali-kali TIDAK AKAN SEMPURNA:

Dan bila anda ingin diterima oleh semua pihak, dicintai oleh semua orang, dan terhindar dari semua celaan, beerti anda telah menginginkan sesuatu yang mustahil terjadi..


Hidup ini ada pasang surutnya.
.
Kadang-kadang kita disayangi..
Kadang-kadang kita dibenci..
Biarpun tanpa sebab yang munasabah..

Jadi, ingat..

Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita..
Kerana Allah faham akan isi hati kita..
Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita..
Kerana tiada hakim sebaik ALLAH..

Sifat baik sangka dan positif pada persekitaran akan membuatkan kita tenang dan amat. Hambatan perasaan jahat sangka dan negatif boleh menyebabkan emosi kita lara dan menderita. Hal yang sama terjadi pada hari ini sebenarnya sesuatu telah berlaku.....aku kuatkan semangat dan aku yakin hati insan adalah milikNYA. Syukur walaupun hasil bukan sebagaimana diharap namun ya sebagaimana ayat diatas, "Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita..Kerana Allah faham akan isi hati kita.. Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita..Kerana tiada hakim sebaik ALLAH..
  
 

Comments

Popular Posts