Dera...Apa yg tak kena?

Akhir-akhir ini pelbagai peristiwa yang tidak tercapai dek akal melanda masyarakat Malaysia. Entah di mana silapnya. Inilah yang dinamakan perjanjian akhir zaman. Satu berita kezaliman ke berita kezaliman yang lain membuatkan kita terpana....sanggup mereka berlaku kejam sebegitu rupa. Semalam aku tidak dapat tidur lena memikirkan peristiwa-peristiwa yang melanda masyarakat kita. "Ya Allah...Lindungilah aku, keluargaku dan zuriatku daripada kezaliman dan menzalimi".

Bukan sahaja berita itu yang membuatkan aku berfikir tetapi cerita-cerita selepas kejadian tersebut. Email-email, blog, yahoo group yang menceritakan keaiban pelaku jenayah dan orang-orang yang berkaitan berkenjah diinternet. Siapalah kita untuk mengadili kekhilafan yang mereka lakukan. Siaplah kita untuk menghukum kezaliman mereka. Kita bukan polis yang menyiasat dan menyelidik kejadian berkenaan malah kita bukan juga penguatkuasa agama atau tempatan. Takut nanti bak kata mak...."pulun kita pukul canang aib orang suatu hari nanti akan terpalit perkara yang sama kepada kita". Atau dalam pepatah lebih mudah "Allah akan bayar kes". Bukan semua orang mahu perkara ini terjadi mungkin ada sesuatu yang kita kidak ketahui. Takut nanti dalam ghairah kita bercerita ianya bertukar menjadi suatu fitnah.

Biar sahaja undang-undang menghukum dan tidak perlulah kita menyelak keaiban orang-orang yang berkaitan dengan pelaku jenayah berkenaan. Inilah sikap jaga tepi kain masyarakat yang tidak kena pada tempatnya. Bak kata pepatah..."sudah terjatuh baru tergadah". Bila terjadi perkara sebegini mulalah kita menunding jari orang itu pernah buat itu dan ini tetapi sebelum berlaku kejadian berkenaan tidak pula masyarakat bersikap "nahi mungkar". Apa sudah jadi dengan masyarakat kita. Kemana perginya penguatkuasa agama sehingga beranak pinak kemungkaran dan diakhiri dengan kezaliman sebegini.....

Melihatkan wajah kecil dan comel anak-anak yang dizalimi terkenangkan pula anak-anak dirumah. Anak-anak yang sentiasa mahu di sayangi, mahu sentiasa diberi perhatian, mahu sentiasa kehendak mereka dituruti kerna itulah naluri mereka sebagai seorang yang bernama anak.

Comments

Popular Posts