Budaya positif dan Acuan Kehidupan

Anak atau cahayamata merupakan suatu anugerah yang tiada nilainya. Ia juga adalah amanah daripadaNya buat manusia. Acuannya adalah kita. Mewarnainya adalah kita. Putih, hitam, merah dan pelbagai warna adalah hasil daripada didikan dan asuhan selama mereka bersama kita. Ibu-bapa adalah cermin kepada zuriatnya. Ada sifat-sifat bawaan ibu-bapa akan berterusan dalam diri anak-anak.

Kisah Putera Diraja United Kingdom, Putera William yang dipaparkan dalam Berita Minggu hari ini menunjukan betapa keperihatinan ibu terhadap sesuatu akan mempengaruhi anak-anaknya ketika mereka dewasa. Sifat Puteri Diana amat terkenal dengan keprihatinan kepada kebajikan dan sentiasa membantu meredakan penderitaan golongan jalanan ternyata memberi kesan yang besar kepada Putera William yang hanya berusia 13 tahun ketika dibawa ibunya melawat rumah perlindungan golongan jalanan.

Bayangkan betapa besarnya kesan sifat bawaan ibu bapa terhadap anak-anak. Mertua selalu berpesan usah dibawa anak-anak ketika mahu membeli-belah cuma boleh jika terpaksa membeli perkakasan yang diperlukan mereka. Anak-anak adalah umpama kain putih mereka tidak mampu dapat membezakan keperluan dan kehendak. Jika kita melayan kehendak melebihi keperluan bayangkan jika mereka sudah berpendapatan. Seperti yang kerap kita lihat kini anak-anak tidak merasakan keperluan menolong ibubapa adalah tanggungjawab tetapi mereka sanggup mendahulukan keseronokan dan perkara lain berbanding ibu-bapa yang melahir dan membesarkan mereka.

Namun tidak salah jika kita melatih anak-anak cintakan ilmu pengetahuan dan mengutip ilmu dengan membaca. Membawa anak-anak ke kedai-kedai buku dan perpustakaan wajar dijadikan rutin sebagaimana jika jadikan membeli-belah sebagai rutin mingguan kita. Apalah yang mahu dibangga dengan berpeleseran di komplek-komplek membeli belah dan restoren terkenal berbanding membentuk jiwa muda menjadi insan yang berilmu. Setiap kali kunjunganku sekeluarga ke kedai buku di sebuah komplek membeli-belah aku menjadi kagum dengan sifat kaum cina yang menjadikan buku sebagai sumber ilmu malah anak-anak kaum ini yang memonopoli setiap ruang rak buku manakala anak-anak bangsaku ramai berbaris membeli tiket wayang gambar di tngkat yang sama. Harta dan keseronokan dunia tidak akan kekal namun ilmu pengetahuan dan budi yang baik akan kekal dalam diri individu selagi ia mengamalkannya.

Comments

Popular Posts