Nikmat Yang Pelbagai

Matanya terpejam. Rapat. Susuk tubuhnya yang kecil, kecil amat, membuatkan mata saya terus tertancap di situ. Salur tiub kecil menjulur keluar daripada mulutnya. Dalam 'incubator'. Dapat bayangkan? Seorang bayi kecil, 'pre-mature', di dalam sebuah 'incubator' di wad kanak-kanak, sedang nyenyak tidur, dan di mulutnya menjulur keluar salur tiub halus. Data tambahan, bayi kecil itu menghidap penyakit 'cyanotic heart disease'. "Pakai 'glove', boleh terus buat 'oral stimulation' untuk baby tu" kata Encik Adip, OT yang menyelia saya petang itu. Dengan penuh keterujaan saya bergerak ke sink, membasuh tangan dan seterusnya memakai glove. "Boleh saya mula sekarang, Encik Adip?" tanya saya dengan penuh semangat. "Ye..boleh..." jawab Encik Adip sambil tersenyum. Saya memasukkan tangan melalui lubang khas di 'incubator' itu. Saya mengusap lembut bayi kecil itu. Naluri semulajadi saya sebagai seorang wanita tersentuh. Perasaan berbaur. Sayu melihat anak sekecil itu yang sedang berjuang namun gembira kerana berpeluang mengusap tubuh kecilnya. Sayang! Ya, perasaan sayang secara natural wujud. 'Slow stroking' saya lakukan di kedua-dua pipinya. Kemudian, saya melakukan 'tapping' namun tiada respon. Bayi normal sepatutnya memuncungkan mulut bila dilakuakn sebegini. Risau kerana tiada sebarang respon. Matanya masih terpejam, lena sungguh.Selepas itu, saya masukkan jari kelingking saya perlahan-lahan ke dalam menerusi bibirnya dan melakukan gerakan secara 'circular' di depan. Mulutnya terbuka, terus saya hulurkan jari lebih dalam ke mulutnya. Ouch. Bayi kecil itu menggigit jari saya. Apalah sangat gigitan seorang bayi, yang tiada gigi nan sebatang, namun kuat benar gigitan itu. Sakit? Oh,tidak sama sekali tetapi terhibur. Respon itu membuatkan hati saya berdebar. Saya melakukan gerakan lembut dengan menggunakan jari kelingking di bahagian tepi gusi bayi kecil itu tetapi hampa kerana tiada respon. Masih belum berputus asa, saya teruskan dengan gerakan lembut di bahagian lelangit dengan menggunakan jari kelingking saya. Subhanallah. Air mata saya hampir menitis. Bayi kecil itu menghisap jari saya. Alhamdulillah. Itulah respon yang saya harapkan.Jari saya dihisap dengan kuat sehingga berbunyi. Mulutnya yang memuncung ketika menghisap jari saya membuatkan kecomelannya terserlah, sangat terserlah. Jika saya diarahkan untuk menulis karangan, maka saya pastikan akan menulis tentang kenangan comel saya ini dan perasaan ketika itu sungguh nikmat. Nikmat dirasakan kala mulut kecil itu menghisap jari saya. Tiada perkataan terbaik untuk saya ungkapkan tentang rasa saya kala itu tetapi pastinya saya merasai nikmat kasih ketika itu.Bagaikan tidak sabar pulak mahu menunggu bayi sendiri nanti. Bayi yang normal akan mempunyai kebolehan untuk breasfeeding tetapi tidak bagi bayi ini. Salur tiub kecil yang terdapat pada mulut bayi itu adalah cara untuk 'menyusukannya' lantaran bayi itu belum pandai menghisap sendiri. Maka oral stimulation untuk bayi ini adalah penting untuk merangsang bayi menghisap dan menggunakan otot-otot di bahagian mulut sepenuhnya.
Masih di dalam ward kanak-kanak. Menuju ke sebuah katil, di mana terdapat seorang kanak-kanak terlantar. Tidak mampu bergerak dan matanya hanya terpejam. Anggota tubuh badannya sangat lemah. Bersebelahan katilnya terdapat seorang wanita yang sedang membelai tubuh kanak-kanak itu. Penuh kasih sayang. Sekejap-sekejap dialihkan bantal, sekejap-sekejap diubah posisi sedikit, semata-mata mahu kanak-kanak itu selesa.Kedatangan kami disambut dengan senyuman manis. Saat saya memeriksa 'records doctor' di hadapan katil itu, wanita itu tanpa dipinta menceritakan dengan terperinci, satu persatu tentang bagaimana kanak-kanak itu jatuh sakit, keupayaan sebenar kanak-kanak lemah itu dalam menjalani hidup sehari-harian dan pelbagai perkara lagi tentang penjagaan kanak-kanak itu. Hati saya terharu, melihatkan kesungguhan wanita itu bercerita dan caranya menjaga kanak-kanak itu. Sungguh, ibu mana yang tidak sayang akan anak bukan tetapi beberapa ketika kemudian, seorang sanitary engineer(cleaner) datang ke katil itu dan berborak-borak dengan wanita itu dalam bahasa Indonesia. Saya terdiam. Saya sangkakan wanita itu berasal dari Indonesia apabila mendengar percakapannya yang agak pekat. Namun setelah diselidiki wanita itu hanyalah seorang pembantu rumah yang menjaga kanak-kanak itu siang malam di hospital itu dan tidur bersama kanak-kanak itu sepanjang kanak-kanak itu di hospital dan wanita itu jugalah yang menguruskan hal ehwal kanak-kanak itu di rumah. Ibu bapa kanak- kanak itu?? Meski telah dua hari kanak-kanak itu berada di dalam ward, ibu bapa kanak-kanak itu tidak pernah sekali datang melawat dan wanita itu memberitahu majikannya sibuk. MasyaAllah. Jika di awal-awal tadi saya terharu kemudiam terdiam dan kini saya benar-benar terkedu! Sepanjang berada di unit paediatric saya menyaksikan kepelbagaian penyakit di kalangan bayi dan kanak-kanak. Down Syndrome, Cerebral Palsy, ADHD dan pelbagai lagi. Terlalu banyak untuk disenaraikan setiap satu. Pada permulaanya, perasaan simpati begitu tinggi saya rasakan sehingga saya bagaikan tidak mampu untuk membantu merawat mereka. Namun apabila melihat OT yang sedia ada begitu tekun merawat, perasaan simpati tadi saya gantikan dengan semangat. Semangat untuk membantu memulihkan mereka selagi terdaya.Apatah lagi pabila melihat penjaga mereka yang setia menemani anak-anak mereka dan memberikan kerjasama dengan baik demi membantu mempermudah urusan pemulihan anak-anak tersayang. Satu dialog yang paling saya ingat;

"Mak cik tak sangka dapat anak begini(down syndrome).Tapi takpelah mak cik redha dengan takdir Allah. Mak cik hanya perlu bersabar dan kuat semangat. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong anak mak cik ni. Moga dapat ganjaran pahala yang setimpal. Mak cik doakan nanti kamu dapat anak-anak yang sihat dan comel-comel." MasyaAllah. Saya hanya sedang berpraktikal dan hanya membantu sedaya yang boleh OT di situ. Tapi doa ikhlas dari mak cik yang begitu tinggi nilainya itu membuatkan hati saya tersentuh. Terima kasih mak cik.

Nota 1: Bersyukurlah. Anda dahulu merupakan seorang bayi yang dikurniakan kesihatan yang baik sehingga mampu membesar sehingga meniti usia sekarang. Bersyukurlah.

Nota 2: Jika dahulu ketika sayadi tingkatan 3, ustazah sering ingatkan; "Jangan lupa untuk berdoa dikurniakan pasangan hidup soleh daripada sekarang, walaupun ketika itu kami masih kategori remaja-budak-budak". Jadi sekarang, mungkin saya perlu tambah doa; " Berdoa agar dikurniakan zuriat keturunan yang sihat, soleh-solehah serta menyejukkan pandangan mata dan hati". Tidak salah untuk berdoa meski belum bernikah bukan?

Nota 3: Tidak semua orang diberi rezki untuk mendapat anak, walau setelah bertahun bernikah. Maka bersyukurlah walau bagaimana bentuk datangnya rezeki anak itu, meski tidak sempurna kerana setiap anak adalah pembawa rezeki.

Nota 4: Moga saya sendiri mampu menjadi anak terbaik sedaya yang saya boleh untuk emak ayah saya. Moga saya sendiri dapat membahagiakan emak ayah saya. Amin. Moga Allah mempermudahkan. Rabbi yassir wa la tu'assir. Dan, betapa saya belajar nikmat itu dalam pelbagai bentuk. Meski tidak datang dalam cara yang kita inginkan. Maka bersyukurlah atas kepelbagaian bentuk itu, kerana ia masih merupakan nikmat kurniaanNya dengan caraNya yang tersendiri serta indah.

www.iluvislam.com ....Dihantar oleh : alleizaEditor : arisHa27

Comments

Popular Posts