Di mana Cantiknya Seorang Wanita?


Ramai mempersoalkan perihal cantik, handsome, lawa dan kacak seseorang insan secara lahiriah namun sukar ditaksir kecantikan sebenar insan ....
Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis bukan kerana merah kilau lipstick pada bibir mekar senyum kosmetik

Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam

Cantik seorang wanita itu, sebagai anak tidak menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri merempuh badai di sisi suami

Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi persekongkolan ipar lamai

Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu membuai anak, kala suami menjalin mimpi

Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua telus hati mengagih kasih setara pada semua

Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit

Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara peka membela nasib dan maruah negara

Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung hari dengan selembar mashaf

Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis menyala obor mewangi setanggi profesionalis

Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah


Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman

Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha

Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar

Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan

Carilah kebaikan itu pada dirinya.


Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya ...Sesunguhnya kunfayakun menentukan jodoh insan usah dipertikaikan kerna yang mengerti dan tahu akan rahsianya adalah Yang Maha Esa


Pida

Comments

Popular Posts