Jom Balik kampung...
Cuti sekolah mulai menjengah....mungkin ramai antara kita bercadang-cadang membawa anak keperanginan atau melawat tempat menarik dalam atau luar negara. Tidak salah membawa anak-anak merehatkan minda namun alangkah bagus membawa anak-anak kembali ke laman ayah bonda kita. Mengenalkan dan merapatkan mereka dengan akar mereka. Jika bukan kita yang mengenalkan dan merapatkan anak-anak dengan saudara mara yang lain siapa lagi. Bak kata pepatah "teman handai boleh dicari tetapi saudara tiada galang ganti"...
Balik kampung merupakan sesuatu yang paling dinanti oleh anak-anakku. Tidak sabar mereka mahu bertemu Tok Wan, Tok Manis, Abah dan Mak Tok juga saudara mara yang lain. Sifat anak-anak yang mudah mesra dengan orang sekeliling memudahkan mereka berinteraksi dengan saudara mara di kedua-dua belah pihak.
Tanamkan rasa bangga pada diri anak-anak akar kita usah diterapkan rasa benci atau iri sesama saudara. Buangkan yang keruh ambil yang jernih. Air dicincang tidakkan putus. Sikap dan personaliti diri kita akan mempengaruhi anak-anak andai hari ini kita membisikkan ketelinga anak rasa benci, iri, cemburu dan marah terhadap saudara sedarah daging maka esok kita akan menerima timbal balasnya.
Comments
Post a Comment