Merekalah guru di hati kita....
Hari itu aku adalah anak kecik di hantar abah ke sekolah untuk pendidikan awal sebelum memasuki tahun satu. Walaupun sudah tahu membaca dan menulis abah tetap menghantarku ke sana. Kelas untuk pelajar enam tahun hanya satu kelas. Guru kelasnya pula Cikgu Abas, gerun aku pada mulanya melihat cikgu ini badannya besar pada fikiranku orangnya mesti garang. Itulah permulaan aku bertemu dengan cikgu berprofesianal formal.
Allahyarham Wa Om & Wa Hassan (bekas imam masjid Batu 6 Jln Sanglang) mungkin bukan seorang guru secara formal tetapi suami isteri inilah yang mengenalkan aku dan puluhan lagi kepada huruf-huruf arab dan ayat-ayat Al Quran. Apa yang istimewanya, mereka langsung tidak mengenakan sebarang bayaran kepada anak murid yang ingin datang belajar mengenal ayat-ayat suci kalimah Allah malah jika ada yang tidak datang di marahinya pula. Masih terbenam di kepalaku nasihat-nasihat yang diberikan oleh aruah Wa Om. Mereka ikhlas dan mungkin keikhlasan itulah yang membuatkan anak muridnya tidak pernah alpa daripada membaca ayat-ayat suci setiap hari.
Bila keikhlasan ada dalam diri setiap pendidik ianya akan memberi menafaat berterusan kepada pelajar yang menerima ilmu. Pelajar akan (admirer) mengagumi guru tersebut. Menjadikan guru itu sebagai idolanya. Minatnya kepada pelajaran turut sama meningkat. Teringat kepada puteriku yang amat mengagumi guru bahasa Englishnya dan secara tidak langsung prestasinya dalam subjek berkenaan turut meningkat. Dek kerana itu aku cuba mengenali di sebali guru tersebut, ternyata kalibernya turut menarik hatiku. Dia bagiku amat berbeza dari guru yang lain....dia seoarng guru yang amat berdedikasi.
Siapalah kita tanpa seorang guru dan wajarlah guru diberi penghormatan yang tinggi bukan di salah, bukan diherdik bila prestasi pelajar merudum.
Comments
Post a Comment