La Tahzan....ingatan buat seorang yang bernama sahabat


Semenjak mengetahui berita tersebut aku benar2 sedih dan aku betul ralat sebab hati aku telah merasai sesuatu yang janggal yang aku tidak tahu bagaimana untukku khabarkan padamu pada 2 tahun lepas.

La Tahzan..janganlah kau bersedih sahabat kerana Allah SWT bersama-samamu. Dan kami sahabat2 mu akan sentiasa menyokongmu dari belakang.

Semalaman mataku berlinangan air mata...perasaan benci, marah, geram membuak-buak pada insan yang menyakiti hati sahabat ini. Insan yang hidup atas air mata orang lain.

Sahabat...kau berbeza dari perempuan itu. Kau suci dan kau tidak curang pada suami sebagaimana dia. Dia pernah melakukan sesuatu yang amat memalukan kaum isteri dan kau bukan sebegitu..Allah SWT melindungi sahabat.

Sahabat....binalah kekuatan dalam diri sesungguhnya kita mampu berjalan sendiri tanpa bantuan insan yang mencurangi kita. Insan yang menodai ketulusan hati kita. Insan yang menggunakan sunnah demi menutup kekhilafan dirinya. Sedangkan dia telah melakukan dosa pada isteri dan juga pada anak-anaknya. Betapa EGOnya engkau wahai lelaki.

Semalam aku melihat sesuatu ....perempuan itu bergembira menerima jambangan bunga sedangkan sahabatku tidur ditemani air mata duka. Dan aku juga membaca bagaimana kesedihan hati suami perempuan itu takala terpaksa melepaskannya. Aku tidak tahu bagaimana ada manusia boleh hidup atas air mata duka dan kesengsaraan orang lain.

Sahabatku sesungguhnya tidak ada kurangnya pun dalam dirimu...kau seorang isteri dan ibu yang baik & kau mempunyai sesuatu yang tidak ada pada perempuan itu ....kau tidak pernah curang pada suami sepertinya. Kau menjadi isteri takala kau masih suci dan dia dijadikan isteri selepas mencurangi ikatan perkahwinan dengan suaminya.

Comments

  1. sedihnya baca n3 ni..
    kalau ini kisah benar, saya doakan agar sahabat awak tu sentiasa dalam rahmatNya..sabarlah

    ReplyDelete
  2. Subhanallah, ini adalah salah satu ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah SWT, bukan untuk menganiaya hamba-Nya tetapi untuk melihat berapa jauh ketaatan beliau terhadap Penciptanya. Insha'Allah, dengan berkat kesabarannya, beliau dapat melalui ujian ini dengan tabah. Keep praying to Allah SWT.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts