Sebak ....cuti kali ini

Lama tak mengupdate ...yelah namapun coti tambahan pula dikampung mana ada masa nak mengadap laptop atau sebarang sosial media. Baik mengadap muka mak atau mertua sambil mendengar cerita2 mereka.

Balik kali ini banyak perkara meresap dalam jiwa seolah sebagai HINT buatku dan anak2.."siapapun kita dimana kita berada ingat dan berbaktilah kepada orang tua".

Rabu...bersama-sama dengan mertua, keluarga abang ipar juga adik ipar kami menyusur PLUS dari SP ke UTARA untuk menziarah kakak mertua. Itulah sifat mertua yang paling aku kagumi tidak pernah hilang ingatannya kepada adik-beradik walaupun pernah disakiti dengan kata2. Baginya ikatan tali persaudaraan umpama air ..bagaimana dicincang tidak akan putus.

Hari hampir senja bila kami sampai di laman rumah kakak sulung mertua...sebak hati melihat Long terbujur wajanhnya kering dan cengkung. Beberapa kali aku memegang tangan mak saudara suami yg pernah menyarung cincing semasa bertunang 15 tahun dahulu. Abang ipar sibuk didapur membersihkan dapur yang agak kotor disebabkan long sudah tidak mampu untuk membersihkannya. Bertambah sebak lagi hati kami melihat keadaan rumah long. Di ruang tengah kelihatan anak sulung abang azimm, Syuhadah berbisik dgn anakku Malisha...."Kak mana pergi anak cucu Tok Long sibuk sangat ke they all sampai biarkan tok long mcm ni", aku terkedu. Anak kecil pun merasa pelik dengan keadaan sebegini...."Ya Allah lindungilah hatiku dan keturunanku drp menderhakai ibu-bapa dan mertua....lapangkanlah masa kami untuk berbakti kepada mereka".

Tidak guna ada anak menantu berpangkat dan cucu2 yang cemerlang dan gemilang jika hilang rasa tanggungjawab kepada orang tua. Apa yng terjadi di depan mataku membuatkan aku lebih prihatin pada abah, mak juga mertua berkali-kali aku berpesan pada anak-anak.."kakak nak ke rumah mak tok or tok manis mcm rumah tok long" semua anak2 mengeleng.

Comments

Popular Posts