Puchong - Manjung Part 1
Chalet Pak Ya & Mini Kem Teluk Senangin |
Sabtu 17.11.12 kami memulakan perjalanan ke Manjung melalui Lebuhraya Guthrie kemudian melalui Kuala Selangor - Sabak Bernam - Sekinchan. Dalam perjalanan kami berhenti untuk menikmati cendol pulut durian. Sedap dan harganya pula murah. Sampai di Teluk Senangin dalam pukul 3 petang lebih.
Chalet ok cuma persekitaran dan lalat membuatkan anak2 kurang selesa begitu juga dengan cik B. Di Teluk Senangin kami sempat meninjau-ninjau suasana perkampungan nampaknya lalat bukan saja wujud di chalet yang kami menginap malah keseluhan kampung dihurungi lalat. Macam ada sesuatu yang tidak kena. kami diberitahu oleh penduduk persekitaran masalah lalat ini berpunca dari perusahaan penternakan ayam yang tidak jauh dari perkampungan ini. Hari-hari anak2 meminta ayam dan inilah kesan daripada itu. Ya Tuhan....kami telah menzalimi diri kami.
Aku juga kurang selesa bila melihat sistem perparitan chalet semua di halakan kepantai. Dalam hati aku habislah pantai 10 tahun akan datang. Pihak yang membuat perancangan membina chalet seharusnya memikirkan dahulu keseluruhan binaan termasuklah masalah pembentungan supaya ianya tidak memberi kesan negative di masa hadapan. Mungkin hari ini orang datang ke chalet kita untuk menikmati keindahan pantai namun jika pantai tercemar sudah pasti suatu hari nanti ia akan memberi kesan kepada pendapatan jangka masa panjang.Ada sebab Allah SWT kirimkan kita dan anak-anak disini. Kepada anak-anak, garapan ini adalah pelajaran buat mereka supaya mereka sentiasa ingat kepada Allah SWT setiap kali melakukan sesuatu.
Ribuan terima kasih buat pak ya, isterinya yang peramah juga Lina yang banyak membantu semasa kami menginap di chalet ini
Tengah bersembang dengan anak pengusaha chalet ...dia menceritakan permasaalahan yang menimpa perniagaan keluarga mereka |
Disini akan dibina chalet dorm yang boleh menempatkan |
menikmati pagi di pantai yg masih lagi DARA |
Comments
Post a Comment