Al Waleed dah 7 bulan..tecit mama makin pandai
Hari ini Al Waleed dah berusia 7 Bulan 19 hari alhamdulillah perkembangannya lebih cepat. Dalam usia ini Al Waleed berkembang seperti bayi 8 dan 9 bulan. Waleed dah mula berdiri dengan sendiri dan berjalan disofa atau kerusi.
Sebagaimana anak-anak terdahulu aku banyak mencuba dan menguji, misalnya andai al waleed merangkak antara dining ke dapur yang lantainya tidak sama. Aku dan cik B akan memberitahunya secara berulang dan kemudian si tecit akan faham bila sampai di sempadan lantai yang tidak sama dia akan berhenti. Begitu juga dengan mainan yang agak bahaya bagi bayi yg usia 7 bulan. Puteri sulung mungulang aksi dan ayat yang
pertama tadi....setelah diulang2 puteri sulung bagi guli kali ini
Alwaleed ambil dan baling semula kepada kakak....kakak dengan suka hati
menceritakan kepada mama mengenai peristiwa ini. Al waleed pantang bila ada kertas, buku atau suratkhabar. Dia pasti akan mengambil kertas dan memasukkan kedalam mulut. Aku menggunakan kaedah yang sama menerangkan yang kertas bukan makanan tetapi bahan bacaan dan mula menunjukkan gambar2 menarik dalam kertas. Aksi dilakukan berulang sehingga akhirnya bila jumpa kertas atau buku Al Waleed mula melihat-lihat sambil mengeluarkan suara gaa gaaa gaa daa daa seperti membaca.
Mencuba
dan menguji adalah sebahagian daripada perkembangan yang sihat pada
anak-anak yang berusia 18-24 bulan. Anak-anak akan cuba buat pelbagai
kerenah/kelakuan/aksi untuk melihat respon yang ditunjukkan/diberikan
oleh ibu bapa. Cara kita respon kepada
aksi anak-anak, akan memberi kesan yang berbeza terhadap apa yang
dipelajari oleh mereka dan juga cara mereka berkelakuan. Inilah masanya
ibu bapa perlu membuat peraturan (setting limits) mangikut tahap umur
anak-anak. Dalam membuat peraturan, ibu bapa perlu..
1. memberi penjelasan tentang peraturan (be clear) - anak-anak pada tahap ini perlu selalu diingatkan kerana memori mereka masih dalam peringkat berkembang.
2. menyatakan dengan jelas (be specific) "Tolong masukkan mainan ini ke dalam kotak (specific)
"Tolong kemas mainan ini" (tak specific)
3. istiqamah (be consistent) - guna consequences yang sama setiap kali. Contohnya SETIAP KALI anak membaling barang mainannya, ambil mainan tersebut selama beberapa minit.
3 bertenang (stay calm). - anak-anak akan menguji peraturan yang ibu bapa buat. Sekiranya kita respon dengan tenang tanpa naik angin, anak-anak akan lebih cepat belajar tentang self-control.

- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment